seismik

Alif Teega Tampil Mengaku Sudah Berkahwin Dua Ketika Isteri Sedang Hamil 5 Bulan

Difahamkan, Alif telah bernikah pada 18 November baru-baru ini.

Cover image via Pesona Pengantin & aliffteega (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Desas-desus mengenai rumah tangga pempengaruh media sosial, Alif Teega dan Aisyah Hijanah akhirnya terjawab selepas suaminya, Alif mendedahkan telah bernikah lain

Menurut Alif yang berkongsi di Instagramnya, tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga serta menjawab segala khabar angin yang bertebaran.

"Mungkin selama in ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai sava sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita tersebut adalah benar. Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni.

"Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,"
Tulisnya.

Alif mengaku berita perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah buat isteri pertamanya, Aisyah

Dalam kesempatan itu, Alif meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah kerana bersabar dan tabah menghadapi ujian sepanjang mereka bersama. Alif juga akui, Aisyah seorang isteri yang sempurna di matanya malah tiada sebarang kekurangan pun pada diri wanita itu.

"Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.

"Aisyah tabah dan masih kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini. Doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga Tapi percaturan Allah buat saya & Aisyah adalah berbeza.

"Terima kasih atas doa daripada kalian semua buat kami. Aisyah adalah wanita pilihan Allah dan Subhanallah kuatnya dia luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang.

"Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia. Saya mohon agar tiada mana-mana pihak membuat sebarang spekulasi dan hinaan mengenai hal ini dan biarlah segala yang berlaku di akhiri di sini saja,"
katanya.

Sementara itu, isteri pertama, Aisyah Hijanah juga memuat naik hantaran dengan meluahkan perasaan - 'Suami hanya pinjaman sementara'

"Abang, Aisyah harap abang boleh menjadi ketua yang baik buat kedua-dua keluarga. Allah pilih abang untuk melalui segala yang terjadi saat ini dan akan datang.

"Untuk sekarang, Aisyah serahkan sebulatnya urusan ini kepada Allah. Terima kasih umi dan arwah ayah kerana mendidik Aisyah menjadi wanita yang kenal Tuhan dan benar-benar menerima Qada' dan Qadar,"
tulisnya.

Aisyah berkata, dirinya sedar bahawa suami adalah pinjaman Allah S.W.T meskipun pada awalnya dia beranggapan memiliki Alif selama-lamanya.

Difahamkan, Aisyah juga memaklumkan ketika ini juga dia sedang mengandung 5 bulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: