seismik

Beratur Panjang Sejak Pagi, Lagi Selangkah Nak Masuk Tiba-Tiba Tiket Coldplay Tak 'Valid'

Difahamkan, mereka rugi kira-kira hampir RM 70,000.

Cover image via New Straits Times & thedrproperty (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, pada 22 November baru-baru ini telah berlangsungnya konsert kumpulan rock antarabangsa popular iaitu Coldplay

Ramai peminat berkongsi rasa teruja mereka di media sosial untuk menyaksikan persembahan kumpulan berkenaan.

Malah, ada yang beratur sejak pagi di depan pintu masuk stadium untuk mendapatkan tempat di hadapan pentas.

Namun, ada perkara yang tak diingini telah berlaku. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @thedrproperty, sekumpulan peminat kumpulan Coldplay di Malaysia akhirnya berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian kira-kira di antara RM60,000 hingga RM70,000 disebabkan tiket yang dibeli dari seorang individu tidak dapat digunakan untuk memasuki ruang konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Image via Hindustan Times

Menyedari tiket berkenaan tidak sah ketika semakan oleh pihak urus setia

“Kami semua kena scam, jadi tiket tak valid. Tak pasal-pasal kena duduk dengar dekat luar sahaja. Boleh lah buat rasa-rasa.

“Semua dah sampai tapi tiket tak ‘valid’, satu langkah sahaja lagi nak masuk.

“Kami semua datang secara kumpulan, ada yang beli tiket VIP harga lebih RM3,000, ada yang RM758, RM598. Anggaran keseluruhan semua hampir RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan dan rakan-rakannya tetap kekal di lokasi dan menikmati persembahan dengan cara mereka tersendiri iaitu mendengar dari luar stadium.

Sebagai peminat setia Coldplay, insiden itu tidak mematahkan semangat mereka kerana mereka akan pergi ke Singapura bagi mengikuti konsert kumpulan tersebut pada Januari tahun depan.

“Tak apa lah, kita jumpa pula konsert Coldplay di Singapura nanti,”
jelasnya.

Lihat video di bawah:

Sebagai rekod, konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang dipersembahkan di hadapan lebih 75,000 pengunjung itu amat memuaskan hati semua pihak terutama peminat tegar kumpulan berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: