Mawar Rashid & Raf Yaakob Didakwa Sudah Bercerai - "Punca Tiada Persefahaman"
Namun, mereka masih mengekalkan hubungan yang baik.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon Mawar Rashid, 28, dan suaminya Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf Yaakob, 38, didakwa sudah bercerai
Desas-desus yang mengatakan rumah tangga Mawar Rashid dan Raf Yaakob bercerai sebelum ini akhirnya terjawab.
Menerusi perkongsian Instagram Story Mawar Rashid, punca penceraian disebabkan tiada persefahaman di antara mereka.
"We have both agreed to be separated atas dasar tiada persefahaman. Raf and I are on good terms and will always be.
"Our main focus right now is to provide all the support and love our children's need. Successful Co-parenting and is something we will be working towards Insyaa'ALLAH," tulisnya.
Mawar mohon orang ramai beri ruang, doakan yang terbaik buat dirinya dan Raf ketika ini
Dalam masa yang sama, dia juga meminta orang ramai berhenti mencetuskan sebarang spekulasi dan hormat dengan keputusan mereka kerana bukan mudah untuk berkongsi mengenai hal ini.
"To our friends in the media, please accept this as our only statement from the both of us. We hope all of you will respect this.
"To fellow followers, we hope devastated and regret to share this news with all of you. However, this is truly the best for the both of us," katanya.
Daripada hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4 tahun, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia 2 tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!