seismik

Suami Dedah Isterinya Kantoi Curang Dengan Lelaki Lain Atas Katil Di Rumah Sendiri

Difahamkan, lelaki tersebut nekad untuk menceraikan isterinya dengan talak satu.

Cover image via Mirror

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang suami meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui isterinya berlaku curang sehingga sanggup meniduri lelaki lain di dalam rumah

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi semula kisah rumah tangga rakannya yang musnah menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Tuan Amir Danau.

Menurut Tuan Amir, rakannya itu berkahwin pada usia yang muda, namun mereka belum dikurniakan rezeki dek kerana gangguan orang ketiga.

Individu ini akui, rakannya itu seorang suami yang bertanggungjawab memandangkan dia sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik buat isterinya itu. Namun siapa sangka, usaha pengorbanan dan kepercayaan disia-siakan oleh si isteri.

Gambar sekadar hiasan

Image via divorce.com

Kantoi isteri curang semasa balik rumah untuk ambil beg kerja yang tertinggal

“Hari itu aku ada kena pergi outstation (kerja luar). Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. Tujuh hari aku kena pergi. Pagi itu bini aku siap-siapkan aku, siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation.

“Aku keluar naik kereta, menghala dah ke Kedah. Ada nak 20 minit aku dah keluar. Tiba-tiba aku baru perasan, beg kerja aku tak bawa, segala dokumen dalam beg itu. Malas nak hubungi bini aku masa itu sebab pagi-pagi ini mesti dia sambung tidur.

“Aku pun patah balik ke rumah. Sampai je rumah, aku masuk macam biasa, aku pun masuk bilik nak ambik beg, bukak pintu nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa itu,” tulis Tuan Amir seperti mana kisah diceritakan rakannya itu.

"Aku bagi salam, aku capai beg lepas tu aku bagi sepatah dua kata. Aku cakap ke dia, aku tak akan ceraikan dia dekat dalam rumah yang penuh cerita bahagia sepanjang aku hidup dengan dia ni. Aku capai beg aku, aku terus keluar pergi kerja.

"Lelaki tu berjaya buat isteri aku berani tipu aku sampai boleh buat maksiat atas katil aku. Aku tak mengamuk, aku tak hina pun dia, aku lepaskan dia dengan cukup terhormat. Pergilah dia bina bahagia dengan jantan tu," tulis Tuan Amir seperti mana kisah diceritakan rakannya itu.

Meskipun perit untuk ditelan, tetapi lelaki itu menerima ujian dan takdir yang telah ditetapkannya dengan hati terbuka.

Lelaki tersebut juga berharap isterinya bahagia dengan pilihannya yang sekarang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: