“Konsert Coldplay Bukan Semata-Mata Soal Sokong Palestin Tetapi Soal Budaya Hedonisme”
Konsert Coldplay dijadualkan berlangsung pada malam ini, 22 November 2023.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpendapat konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur esok bukan semata-mata mengenai kumpulan itu menyokong Palestin tetapi perlu mengambil kira budaya hedonisme yang akan dibawa masuk dalam masyarakat
Menerusi laporan Sinar Harian, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjuran konsert Coldplay yang dijadual berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini adalah tidak bertepatan dalam situasi sekarang.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menyebut bahawa kumpulan tersebut memberikan sokongan kepada Palestin... Ia bukan isu memberikan sokongan atau tidak kepada Palestin semata-mata.
"Tetapi budaya hedonisme (pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan), yang nak dibuat dalam masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat kelmarin.
Ada perkara yang semua pihak tidak mampu untuk memboikotnya. Jika tak mampu lakukan semua, jangan tinggal semua.
Terdahulu, Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau akan mengadakan sesi perbincangan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berhubung keputusan pembatalan penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur malam ini.
Sebelum ini, Mufti Wilayah juga menasihati agar penganjuran konsert Coldplay itu tidak diteruskan kerana disifatkan sebagai melalaikan, bahkan tidak memberi sebarang manfaat kerana bertentangan dengan nilai murni dan budaya kepada rakyat negara ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, KBS sepatutnya memainkan peranan untuk menerapkan kesedaran dalam kalangan belia, khususnya melibatkan pemuzik antarabangsa yang menyokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
"Pemuzik antarabangsa yang terlibat isu LGBT secara terang-terangan, ini tak boleh.
"Belia harus dielakkan daripada terlibat perkara ini, dalam keadaan kontroversi video 'MR H' dan sebagainya. Ini masanya belia kita diingatkan menghindari perkara-perkara seperti ini.
"Ada perkara yang kita tidak mampu nak boikot. Sebagai contoh Iphone, Facebook dan sebagainya. Apa yang kita boleh boikot, kita boikot.
"Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua," ujarnya.
Sebagai rekod, Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur dijangka dihadiri seramai 85,000 penonton yang akan menyaksikan persembahan band yang dibarisi oleh Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!