5 Airbnb 'Aesthetic' Yang Anda Wajib Pilih Ketika Bercuti Di Kuala Lumpur
Untuk yang nak healing sangat dialu-alukan.
Merancang percutian adalah perkara yang amat mudah dan tidak perlu sakit kepala untuk memikirkannya
Hanya perlu memastikan semua orang bersetuju tentang tarikh dan makanan yang perlu dibawa, mencari tempat penginapan yang baik juga penting.
Kali ini, kami akan kongsikan 5 Airbnb 'aesthetic' yang anda wajib masukkan dalam list untuk pergi bercuti.
1. Eko Cheras Mall
Jika anda mencari unit airbnb yang berkonsepkan loft, murah dan muat untuk enam orang, kini anda tidak perlu risau. Ini adalah jawapan yang anda cari.
Harga hanya RM30 seorang dan terdapat satu balkoni yang besar. Anda boleh duduk dengan selesa di balkoni sambil menikmati minumam dan bersembang bersama rakan-rakan.
Apa yang lebih menarik, dalam 10 minit pemanduan, anda boleh sampai ke KLCC.
Harga: RM292 satu malam
Jika berminat, boleh tempah di sini
2. Not Just A Homestay
Homestay ini telah mendapat tempat di hati admin apabila sekali pandang sahaja kerana sangat cantik.
Ruang tamu dilengkapi dengan skrin besar dan anda boleh membuka Netflix, YouTube dan aplikasi lain secara langsung pada projektor.
Yang paling penting, homestay ini sebenarnya mempunyai mesin penjual.
Harga: RM289 satu malam
Jika berminat, boleh tempah di sini
3. Rumah Kecil
Hayati impian kanak-kanak anda untuk mengembara dengan Rumah Kecil, sama ada menginap di sebuah rumah pohon yang menang anugerah yang menghadap lembah yang cantik atau menginap di sebuah rumah kaca berestetika di hutan yang hijau.
Tersembunyi dari kesibukan bandar dan dilengkapi dengan hiasan dalaman minimalis yang selesa, tidak hairanlah mengapa rumah-rumah kecil yang unik ini mendahului senarai keinginan penduduk Malaysia dan pelancong dari luar negara.
Harga: RM557 satu malam
Jika berminat, boleh tempah di sini
4. Private Room In Bus
Pernahkah anda berhasrat untuk tinggal dalam kenderaan tanpa perlu memandu?
Ia adalah sebuah bas yang telah diubahsuai dan ini adalah peluang yang baik untuk mencapai impian anda.
Diparkir tepat di sebelah kampus Universiti Malaya. Jom!
Harga: RM159 satu malam
Jika berminat, boleh tempah di sini
5. Scott Zen Garden, Old Klang Road, KL
Tanggalkan kasut anda dan masuklah ke dalam rumah moden yang bersifat zen ini di mana anda boleh merasai alam di sekitar anda.
Lantai bawah loft dilapisi dengan kerikil dan dua pokok yang memberikan suasana taman semasa tidur atau ketika sedang bersantai di hadapan TV.
Terdapat juga katil bersaiz queen tambahan di tingkat kedua yang membolehkan apartment ini memuatkan sehingga empat tetamu.
Harga: RM 112 satu malam
Jika berminat, boleh tempah di sini
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!