seismik

Netizen Korek Balik Video Parodi 'Suami Ada Skandal' Alif Teega Yang Tular

Di sebalik parodi dibuat, ada maksud tersirat ini.

Cover image via @bckupacc99 (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengumuman tentang pernikahan kedua pempengaruh media sosial, Alif Teega yang dikongsikan baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet

Rata-rata netizen terutamanya golongan wanita, begitu terganggu dengan isu berkenaan sehinggakan ada yang memuat naik semula video lama daripada influencer tersebut.

Terbaru, netizen dilihat memuat naik semula video Alif Teega bersama isterinya yang juga seorang pempengaruh iaitu Aisyah Hijanah yang melakukan trend 'suami ada skandal' di platform X.

Menerusi satu perkongsian di X, tular satu video parodi memaparkan Aisyah merampas telefon dari tangan Alif lalu mengajukan soalan tentang siapa wanita yang terdapat di skrin telefon Alif. Namun, Alif membalas soalan Aisyah dengan memanggil menjerit memanggil 'abang bomba'.

"Siapa perempuan ni? Abang? tanya Aisyah kepada Alif.

"Aaa..abang bomba.. abang bomba.. abang bomba, selamatkan saya," balas Alif.

Image via @bckupacc99 (X)

"Ingatkan penyakit Ain rupanya penyakit Fatin Umaidah Ramli" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 676.6K tontonan, 5.7K tanda suka dan 130 komen di platform X, para netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di platform X:

Image via @bckupacc99 (X)
Image via @bckupacc99 (X)
Image via @bckupacc99 (X)

Lihat video penuh itu di bawah:

Dah lama rancang ni, kita jelah yang lalai kot :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: