seismik

Wanita Jadi Watak ‘Landlady Kung Fu Hustle’ Ini Menang Pertandingan Kostum Annual Dinner

Kreatif betul ya.

Cover image via @karine.ventsin (TikTok) & Today Online

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, acara makan malam tahunan syarikat menjadi satu kebiasaan di mana pihak organisasi menetapkan tema khas atau mengadakan pertandingan untuk pakaian paling kreatif dalam kalangan pekerja

Acara makan malam tahunan ini juga diadakan sebagai salah satu tanda untuk menghargai penat lelah pekerja-pekerja yang telah bekerja keras demi syarikat.

Pada masa yang sama, kita akan melihat sisi lain personaliti rakan sekerja yang bersikap gila-gila. Ketika ini, beberapa individu memang berusaha dengan sepenuh hati untuk mencapai kemenangan.

Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita raih perhatian ramai tampil ke acara annual dinner mengenakan kostum watak Landlady dalam filem Kung Fu Hustle, dari hujung rambut ke hujung kaki, semuanya sama.

Walaupun pada dasarnya dia hanya memakai jubah tidur putih, pemutar rambut dan selipar, namun dia berjaya memenangi pertandingan pakaian paling kreatif itu.

Apa yang lebih menarik apabila tahap keyakinan yang diberikan sungguh luar biasa dan sangat menghiburkan seisi dewan pada acara makan malam tahunan yang berlangsung di Genting Highlands.

"Low cost + menjiwai watak = perfect" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 110K tanda suka dan 1.5K komen di TikTok, para netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Lihat video penuh di bawah:

@karine.ventsin Since bao zou po is famous and made your day, here is another video for everyone to enjoy. #gtpcelebration2023 #gentinghighlands #gentingskyworlds #gentingthemepark #kungfuhustle Jedag Jedug Full Bass - Donny Fernanda

Confident akak ni dah level international tau, nasib menang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: