seismik

[VIDEO] Sekumpulan Wanita Bantu Tolak Kereta Rosak Ini Raih Perhatian Ramai

Siapa yang kata wanita lemah itu memang silap besar.

Cover image via kongsi.viral (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam masyarakat kita, wanita sering kali disalahertikan dan dilabel sebagai 'lemah'

Namun, wanita bukanlah lemah seperti yang disangkakan kerana mereka mempunyai kekuatan dan kebolehan tersendiri.

Baru-baru tular sebuah video di Instagram memaparkan tiga orang wanita sedang membantu seorang lelaki yang difahamkan keretanya rosak di persimpangan lampu isyarat.

Sebelum itu, kereta jenis Toyota yang dinaiki lelaki itu kelihatan berhenti kerana lampu merah tetapi pintu hadapan di bahagian pemandu terbuka.

Ketika kejadian sedang berlaku, terdapat dua wanita dilihat sedang berbincang dengan pemandu lelaki berkenaan sebelum datang lagi seorang wanita untuk membantu mereka.

Tindakan kumpulan wanita itu yang menolak kereta berkenaan di saat lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

Apa lebih lebih menarik perhatian apabila terdapat seorang wanita menolak kereta itu walaupun sedang memakai baju kurung.

"Perempuan tak lembik. Semoga Allah akan memberkati mereka bertiga" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 570K tontonan, 22.5K tanda suka dan 518 komen di Instagram, para netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut merupakan komen netizen di Instagram:

Terbaiklah akak bertiga, buktikan wanita tak lemah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: