seismik

Ryzal Ibrahim Bidas 'Artis' Warganegara Malaysia Yang Tak Pandai Cakap Bahasa Melayu

Bangga betul ya dia mengaku tak pandai cakap bahasa kebangsaan sendiri.

Cover image via Harian Metro & Ryzal Ibrahim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini isu seorang individu mengaku tak pandai bertutur dalam bahasa Melayu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet

“Saya dilahirkan di Malaysia, tinggal di Malaysia selama 20 tahun dan tidak boleh berbahasa Malaysia kerana saya pergi ke sekolah swasta dan diajar kurikulum Cambridge.

Adakah ini membuatkan saya ‘kurang’ Malaysia? Adakah bahasa yang saya tuturkan atau tahu mencerminkan sama ada saya seorang rakyat Malaysia?” tulisnya.

Rata-rata warganet begitu terganggu dengan isu berkenaan dan tidak bersetuju dengan "luahan" tersebut.

Ryzal Ibrahim yang juga pempengaruh media sosial tampil membidas "luahan" individu berkenaan.

"Di Korea, tiada seorang pun orang Korea yang tak pandai bertutur dalam bahasa Korea. Malah, anjing juga faham bahasa Korea.

"Tak ada apa pun yang boleh dibanggakan kalau tak pandai bercakap bahasa Melayu.

"Awak boleh belajar berapa banyak bahasa yang awak mahu tetapi jangan lupa akar umbi awak," balasnya.

Hal ini kerana, jika seorang warga Malaysia yang telah hidup di Malaysia lebih 20 tahun dan masih tidak boleh bercakap bahasa Malaysia ada sesuatu yang perlu dibetulkan.

"Level berlagaknya top of the world" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di Facebook, ia telah meraih sehingga 2.7K likes dan 1.4K shares dan 692 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap posting berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di Facebook:

Ahli keluarga pun main peranan yang penting untuk didik anak-anak ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: