seismik

Hukum Guna Duit Tabung Masjid Bayar Elaun AJK & Buat Baju-T, Ini Respon Mufti Pulau Pinang

Semoga bermanfaat untuk semua.

Cover image via Harian Metro & I LOVE BORNEO

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Wang masjid merupakan satu amanah yang perlu digunakan dengan jujur

Hal ini kerana, ia melibatkan tanggungjawab keagamaan dan kepercayaan umat Islam.

Menerusi laporan Kosmo, sebuah pertanyaan menarik dilontarkan oleh seorang individu namanya dirahsiakan yang berbunyi  hukum menggunakan wang masjid untuk perkara berikut seperti membayar elaun bulanan kepada pengerusi, setiausaha, bendahari, unit media, kerani dan pegawai tambahan masjid (imam, bilal, siak).

Selain itu, turut membekalkan baju korporat, baju Melayu, baju-T dan aktiviti untuk semua ahli jawatankuasa dan pegawai masjid. Semoga dengan jawapan daripada pihak tuan dapat memberi panduan kepada kami untuk menggunakan dan menguruskan wang masjid dengan baik.

JAWAPAN: Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan, maka Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang tampil untuk menjawab soalan yang diajukan oleh individu tersebut dan perkara-perkara berikut diharap dapat membantu bagi merungkai permasalahan diajukan.

Pertama, pihak pengurusan masjid perlu teliti berkenaan dengan tujuan tabung itu diwujudkan. Pihak pengurusan masjid perlu teliti berkenaan dengan tujuan tabung itu diwujudkan.

Contohnya, tabung yang diwujudkan untuk wakaf pembangunan, maka wang daripada tabung wakaf pembangunan hendaklah digunakan untuk pembangunan semata-mata tidak boleh untuk membayar bil, elaun dan sebagainya.  

Kedua, umumnya, tujuan utama diwujudkan tabung masjid adalah untuk mengumpul dana menjana aktiviti-aktiviti pengimarahan yang tidak terhad untuk program pengajian di masjid sahaja.

Oleh yang demikian, wang hasil kutipan masjid itu adalah harus dan boleh digunakan untuk membayar elaun pegawai masjid selain bil, membaiki kemudahan rosak dan pelbagai lagi kegunaan untuk kebajikan dan keselesaan para jemaah dan anak kariah selagi mana ia termasuk dalam kategori pengimarahan secara umum.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Image via Berita Harian

Ketiga, penggunaan wang tabung masjid untuk menjayakan sesuatu program juga adalah harus. Ia termasuklah membiayai kos keseluruhan program dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan penyelewengan pengurusan kewangan.

Wang tabung masjid untuk menjayakan sesuatu program juga adalah harus. Ia termasuklah membiayai kos keseluruhan program dengan syarat tidak berlaku pembaziran dan penyelewengan pengurusan kewangan.

Akhir sekali, jika menggunakan wang tabung masjid untuk membekalkan baju korporat, baju Melayu dan baju-T, aktiviti untuk semua AJK dan pegawai masjid serta seumpamanya, dalam hal ini pihak masjid dinasihatkan supaya dapat mengenal pasti tujuan, keperluan serta faedahnya yang dapat dimanfaatkan kepada umum di samping mengambil kira kedudukan kewangan masjid.

Setelah mendapat persetujuan daripada jawatankuasa masjid, seperti yang telah direkodkan dalam minit mesyuarat, adalah diharuskan untuk menyediakan pakaian tersebut. Jumlah perbelanjaan yang diperlukan perlu diumumkan kepada anak kariah sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan sebarang pertikaian yang mungkin timbul pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, disyorkan untuk mengelakkan menggunakan dana dari tabung masjid untuk pembelian ini. Sebaliknya, usaha seharusnya dilakukan untuk mencari penaja kerana kelebihannya lebih terasa dan memberi manfaat kepada lebih ramai individu daripada hanya terhad kepada pihak yang terlibat secara langsung.

Gambar sekadar hiasan

Image via Kosmo

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: