Graduan Memiliki Wajah Tampan Akui Banyak 'Rezeki Masuk' Gara-Gara Gambarnya Yang Tular
Senang betul buat duit ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lantaran wajahnya yang tampan, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (IT) lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Fahd Mohd Fauzi dikenali ramai gara-gara perkongsian videonya di TikTok selepas majlis konvokesyen pada 26 November lalu
Apa yang lebih menarik, bukan hanya kaum hawa sahaja yang terpikat dengan ketampanan Fahd malah aura pemuda itu turut menarik perhatian beberapa pengendali akaun syarikat terkemuka untuk meninggalkan komen berbaur usikan.
Menerusi laporan Harian Metro yang menyingkap latar belakangnya, Fahd berkata, dia adalah anak tunggal dalam keluarga dan hanya pemuda biasa yang kini aktif dalam dunia peragawan.
"Terkejut dan tak jangka sebenarnya (tular) kerana saya ada muat naik beberapa video di TikTok sebelum ini tetapi tidak 'FYP' seperti video selepas konvokesyen itu.
"Memang banyak komen dan mesej diterima dan kebanyakannya ucapan tahniah.
"Saya nampak juga komen daripada akaun syarikat terkemuka yang pernah saya bekerjasama dan gembira kerana ada beberapa jenama berminat tawarkan jadi peragawan.
"Tapi tak ada pula sampai tahap ajak kahwin cuma ada mesej tanya kenapa kacak sangat dan saya anggap ia sebagai pujian serta mungkin usikan saja.
"Apa pun, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana selepas video tular, banyak juga rezeki yang masuk dan maaf kerana tak dapat balas semua mesej atau komen," katanya.
Fadh menyimpan impian untuk mengembangkan kerjayanya dalam industri peragawan sehingga dapat meraih pasaran di Eropah
Sambil menanti peluang pekerjaan yang sejajar dengan kelayakannya, Fahd menyatakan hasratnya untuk terus melibatkan diri sebagai peragawan yang kini dilakukannya secara sepenuh masa.
"Saya ceburi bidang peragawan sejak dua tahun lalu dan tak mudah sebenarnya nak bahagikan masa antara kerja dan belajar.
"Jadi lazimnya saya akan 'pulun' ambil tawaran kerja ketika cuti semester kerana ketika itu kebetulan ada banyak acara pertunjukan fesyen.
"Bagi saya, kerjaya sebagai peragawan bukan hanya beri pulangan wang malah peluang luaskan rangkaian kenalan cuma awal-awal memang dulu tak biasa dengan industri.
"Lama kelamaan saya sudah dapat sesuaikan diri dan kini semakin minat malah kebanyakan orang industri yang dulu asing sudah jadi rakan saya ," katanya.
"Kenapa banyak comment syarikat kat TikTok abang. Cerah betul masa depan" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5.4M tontonan, 496.7K tanda suka dan 13.5K komen di TikTok.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!