seismik

[VIDEO] Agong, Tunku Azizah Lakar Sejarah Baca Berita Dalam 'Buletin Diraja' Khas Di TV3

"Eh, muka macam kenal aje ni" - Raja Permaisuri Agong.

Cover image via Buletin TV3 (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuat kemunculan istimewa di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi di saluran TV3

Seri Paduka Baginda berdua tampil kira-kira 15 minit dalam slot berita terbabit dan menyampaikan laporan berkenaan ternakan ikan patin di Pahang.

Kemunculan Seri Paduka Baginda di saluran tersebut juga dinanti-nantikan oleh rakyat sebaik sahaja perkara itu dimaklumkan di Facebook Istana Negara petang semalam.

Video Agong & Tunku Azizah di YouTube catat rekod lebih 280K tontonan tidak sampai 24 jam

Penstriman secara langsung di YouTube rasmi Buletin Utama malam tadi turut mencatatkan hampir 70,000 penonton menyaksikan slot khas yang menampilkan Seri Paduka Baginda itu.

Malah, video yang dimuat naik semula di laman YouTube rasmi Buletin Utama berkenaan turut mencatatkan rekod lebih 280K tontonan tidak sampai 24 jam.

Dalam pada itu, tinjauan di media sosial mendapati rata-rata rakyat Malaysia turut berkongsi rasa teruja selain turut memuji kebolehan Seri Paduka menyampaikan berita.

Lihat video penuh berkenaan di bawah:

Comel je kan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri ni, Daulat Tuanku! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: