seismik

Dikecam 'Akhir Zaman' Buat Konsert Malam Ramadan, Siti Nurhaliza Betulkan Dakwaan Netizen

Difahamkan, konsert itu tetap akan berlangsung pada 9 Mac ini seperti yang dijadualkan.

Cover image via @ctdk (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang disaran mufti untuk ditunda akan tetap diteruskan pada hari yang dijadualkan disebabkan penundaan akan memberikan implikasi kepada banyak pihak

Pengumuman itu telah dinyatakan menerusi laman Instagram milik Dato' Sri Siti Nurhaliza menjelaskan pihak mereka cakna akan perkara itu dan mengumumkan hasrat meneruskan konsert tersebut.

Walaupun sudah diberi penerangan yang jelas, hantaran itu tetap tidak lari dari komen netizen yang memberi kecaman terhadap pengumuman berkenaan.

Lihat komen tersebut di bawah:

Siti Nurhaliza tenang memberi respon membetulkan kenyataan kecaman berkenaan bagi mengelakkan timbul kekeliruan

Melihat komen yang timbul terbabit, Dato' Siti hadir memberi respon kepada komen tersebut membetulkan kenyataan yang diberi.

Dato' Siti dilihat tidak cepat melatah semasa memberi respon apabila dia dilihat tenang membalas komen malah mendoakan pemberi komen itu juga.

Difahamkan, pihak penganjur sudah membuat tempahan kepada pihak pengurusan stadium sejak awal 2023 tetapi tarikh yang ada hanyalah pada 9 Mac ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: