seismik

Lepasan STPM Saman Sekolah Dakwa Jadi Penyebab Ditolak Masuk Universiti Terkemuka Di AS

Difahamkan, pelajar tersebut gagal dalam permohonannya memasuki 15 universiti di negara itu antaranya Universiti Harvard, Universiti Stanford dan Universiti Yale.

Cover image via Foursquare & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar Tingkatan 6 memaksa sebuah sekolah ke mahkamah selepas mendakwa menyebabkan dia gagal memasuki 15 universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS)

Menerusi laporan Malaysiakini, Pelajar berusia 21 tahun itu serta ibu bapanya memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Januari yang lalu dengan menamakan sekolah terbabit serta empat defendan lain.

Pelajar tersebut mendakwa surat cadangan yang dibuat secara tidak wajar kepada 15 universiti di AS menyebabkan permohonan kemasukannya ke situ ditolak pada Mac tahun lalu.

Calon pelajar pengajian tinggi itu berkata permohonannya hanya berjaya untuk tiga universiti yang lain iaitu Universiti Washington, Universiti California di San Diego dan Universiti California di Davis. Walau bagaimanapun, universiti-universiti terbabit, menurutnya, tidak memerlukan surat sokongan daripada sekolah.

Image via Foursquare

Mendakwa defendan gagal menyediakan dokumen yang lengkap untuk memenuhi ketetapan universiti dipohonnya

Dakwanya, defendan gagal memastikan surat perakuan tersebut ditandatangani oleh guru yang mempunyai interaksi peribadi dengannya semasa belajar di sekolah berasrama penuh terbabit.

Dia mendakwa bahawa perkara itu adalah antara faktor yang melanggar beberapa ketetapan universiti AS yang memerlukan individu berkelayakan serta kakitangan yang sah untuk menandatangani surat cadangan berkenaan.

Defendan juga didakwa melakukan pelanggaran kontrak kerana gagal memberikan bantuan sewajarnya semasa permohonan tersebut dibuat, serta membenarkan amalan tidak beretika selepas didakwa hanya menyalin semula dan meletakkan standard template sebagai kandungan untuk surat cadangan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via techbuild.africa

Pelajar berkenaan mendakwa kecuaian defendan menjejaskan peluang kerjaya masa depannya walaupun menjadi pelajar cemerlang sepanjang belajar di sekolah terbabit

Mendakwa menjadi pelajar tingkatan enam yang cemerlang dari segi akademik sejak Ogos 2018 hingga Julai 2020, dia menyatakan, kecuaian defendan menjejaskan peluang kerjaya masa depannya serta potensi pendapatan masa depan.

Ketiga-tiga plaintif menuntut pelbagai relif, antaranya ganti rugi am, teruk, teladan dan khas. Keluarga terbabit memohon beberapa pengisytiharan, antaranya mendakwa defendan telah melakukan pelanggaran kontrak dan melakukan kecuaian.

Ketiga-tiga mereka juga memohon injunksi mandatori daripada mahkamah untuk memaksa defendan menyediakan serta menyampaikan kenyataan bertulis kepada universiti-universiti berkenaan bagi menjelas dan mengakui kecuaian yang didakwa dilakukan mereka.

Pada 12 Januari, lima defendan hadir dalam tuntutan mahkamah melalui peguam mereka dari firma guaman Azman Davidson & Co. manakala keluarga pelajar tersebut diwakili peguam Marcus Lee.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via says.com

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: