seismik

Alien Zoragon Dalam Filem Senario XX Sebenarnya Cakap Dalam Bahasa Melayu, Biar Betul?

Cerita 19 tahun lepas, baru sekarang tahu!

Cover image via @zd_studio (TikTok) & Wikipedia

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Senario XX merupakan sebuah filem arahan Azizan M. Osman yang membawa kisah makhluk asing dari Marikh tiba ke bumi

Filem bergenre komedi ini turut membariskan pelakon terkenal seperti Fazura malah chef selebriti Chef Wan turut ada berlakon dalam filem ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki berjaya membongkar sesuatu dalam filem tersebut.

Menerusi video tersebut, lelaki itu menunjukkan bagaimana bahasa makhluk asing yang digunakan dalam filem tersebut sebenarnya merupakan bahasa Melayu.

Perkara itu dapat dilihat apabila dia menggunakan 'reverse speed' semasa dialog makhluk asing itu dimainkan dan didapati jelas mereka bercakap dalam bahasa Melayu.

"Punya genius Aziz M. Osman, last-last terbalikkan audio & kasi pitching je" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 182.3K views, 10.8K likes dan 367 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

Memang power Aziz M. Osman boleh terfikir nak buat macam tu :O

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: