seismik

Wan Nor Mafudah Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA! Tahniah, Anda Hebat!

Dinobatkan pelajar terbaik dunia selepas memperoleh 95 peratus.

Cover image via Bernama

Walaupun dihalang keluarga untuk mengambil jurusan perakaunan, gadis ini berjaya membuktikan minat dalam sesuatu bidang akhirnya membuahkan hasil di persada dunia

Wan Nor Mafudah, 21, yang berasal dari Kampung Tok Raja, Jerteh, Terengganu berjaya menjadi pelajar terbaik dunia atau tempat pertama dalam World Prize Winner selepas berjaya memperoleh 95 markah bagi Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

Image via INTEC

Beliau telah bersaing dengan pelajar terbaik dari dalam negara dan luar negara. Pencapaian cemerlang beliau telah berjaya mengharumkan nama negara secara tidak langsung.

Kejayaan beliau merupakan rekod yang terbaru kerana sebelum ini kejayaan yang terdekat pernah dicapai adalah tempat kedua, ketiga, dan keenam terbaik dunia beberapa tahun lepas.

Beliau yang masih menuntut di Pusat Pendidikan Antarabangsa (INTEC) Shah Alam selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan dianugerahkan biasiswa Permodalan Nasional Berhad

Beliau turut berhasrat untuk bekerja sebagai akauntan terlebih dahulu sebelum mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah di sebuah universiti.

Ditanya tentang rahsia kejayaannya, Wan Nur Mafudah memberitahu beliau belajar dengan mengajar balik apa yang diketahui dan difahaminya kepada orang lain.

Beliau tidak menjangka keputusan terbaik yang dinilai seluruh dunia itu dan terkejut namanya diangkat berada di tempat terbaik dunia

“Saya amat meminati mata pelajaran Matametik sejak sekolah rendah lagi termasuk bidang perakuanan dan kejayaan ini membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang ini dengan syarat belajar bersungguh-sungguh.

“Selain itu, saya juga ingin menyahut cabaran menteri (Idris) yang mahu lebih ramai anak Melayu menceburi bidang tersebut kerana bilangan mereka masih kurang," katanya lagi dalam laporan akbar Sinar Harian.

Wan Nur Mafudah turut berkongsi rahsia kejayaan beliau dimana beliau mengulangkaji bersama rakan-rakannya untuk meningkatkan kefahaman mengenai subjek tersebut

Image via Kosmo

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana bukan sahaja dapat membuktikan anak Melayu boleh menguasai bidang tersebut malah kepada keluarganya yang sebelum ini tidak yakin dengan kemampuannya, lapor Bernama.

"Setelah tamat belajar peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A1B di MRSM Besut , saya memasuki Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah," ujar beliau.

"Di sinilah saya banyak belajar tentang bidang perakaunan dengan sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam bidang tersebut dari semasa ke semasa sebelum terpilih untuk menyertai F7 Financial Reporting ACCA bagi graduan dari seluruh dunia," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga meluahkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang beliau

Apa itu ACCA certificate sebenarnya?

ACCA bermaksud Association of Chartered Certified Accountants sebuah badan perakaunan antarabangsa yang terkemuka. ACCA merupakan certificate yang mempunyai permintaan tertinggi di dunia, dengan lebih daripada 500,000 ahli dan pelajar di 170 buah negara.

Anda perlu lulus maksimum 14 peperiksaan yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan mempunyai pengalaman yang berkaitan praktikal yang anda boleh peroleh dalam mana-mana sektor perniagaan.

Kelayakan profesional ACCA meliputi semua bidang perniagaan, dari penyata kewangan, perakaunan pengurusan, percukaian perniagaan & undang-undang untuk audit dan juga etika perniagaan.

ACCA certificate adalah satu kursus yang mana melayakkan graduannya menjadi Professional Akauntan.

Sama-sama kita berikan ucapan tahniah pada adik Mafudah yang mencapai kejayaan yang amat membanggakan! Congrats!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara pelajar cemerlang ACCA yang luar biasa!

Rumah sangat tidak mampu milik, BNM juga akui.

Nak cantik pun, jangan telan benda sembarangan.

You may be interested in: