seismik

AirAsia X Lancar 'Direct Flight' Dari KL Ke Jeju Mulai Disember. Yass!

Terbaiklah!

Cover image via Budget Your Trip

Jeju Island merupakan satu kawasan kepulauan magis yang terletak di Korea Selatan

Sebelum ini, kita sering kali mendengar rintihan orang ramai bahawa mereka tidak berkesempatan untuk melihat keindahan Pulau Jeju walaupun telah menjejakkan kaki ke bumi Korea Selatan.

Lokasinya yang terlalu jauh dengan Seoul kira-kira 454 kilometer di bahagian selatan selalunya menjadi batu penghalang untuk orang ramai ke sana.

Image via pinimg.com

Kenapa kepulauan ini dianggap seperti magik?
Kalau anda nak tahu, Pulau Jeju ini tergolong dalam kategori '7 Wonders of Nature' sejak tahun 2011.

Pulau Jeju mendapat pengiktirafan di atas hasil undian daripada lebih 500 juta penduduk di serata dunia dan berjaya menduduki tempat ke-7 teratas mengalahkan 440+ lokasi lain. Hebat kan?

Image via imgur.com

Enam lagi lokasi yang mendapat pengiktirafan yang sama adalah Amazon Rainforest and River di Brazil, Ha Long Bay di Vietnam, Iguazu Falls di Argentina, Kepulauan Komodo di Indonesia, Puerto Princesa Underground River di Filipina, dan Table Mountain di South Africa.

Nah, lihat sendiri keistimewaan Pulau Jeju melalui gambar-gambar di bawah:

Seongsan Ilchulbong Peak.

Image via Cheaper Travel

Cheonjeyeon Falls.

Image via CW Ship

Jusangjeolli Cliff.

Image via Helpful Hints For You

Jeongbang Falls.

Image via Taking Flights

Rape Flower Field.

Image via Jeju Tourism Organization's Travel Blog

Rasa macam nak pergi sekarang jugak, kan?

Berita baik untuk semua. AirAsia X baru saja melancarkan direct flight ke Jeju mulai Disember ini!

Harga bermula dari RM199 sahaja sehala!

AirAsia X, syarikat penerbangan kos rendah terbesar di Asia, telah mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terkini mereka.

Penerbangan terus eksklusif dari Kuala Lumpur ini akan melangsungkan penerbangan sulung pada 12 Disember ini.

Promosi khas all-in fares dari RM199 sehala untuk kerusi standard dan RM899 sehala untuk Flatbed Premium akan berjalan dari 10 hingga 15 Oktober untuk perjalanan antara 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018.

AirAsia X akan terbang dari Kuala Lumpur Jeju sebanyak 4 kali seminggu

Image via AirAsia

Penumpang boleh memilih penerbangan dari Kuala Lumpur pada:

Isnin (5.30 pagi)
Selasa (6.40 pagi)
Rabu (5.30 pagi)
Sabtu (6.40 pagi)

Manakala penerbangan pulang dari Jeju pula pada:

Isnin dan Rabu (1.35 petang waktu Korea Selatan)
Selasa dan Sabtu (2.40 petang)

Ehem, pergi cari tiket sekarang sebelum sold out!

MURAH!

Image via AirAsia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sebelum pergi, pastikan beg tak lebih 7kg ya:

Ada siapa-siapa yang nak kerja kat AirAsia?

You may be interested in: