Aku Rogol Kau Sini Karang! – Bengang Peniaga Baru Jual Benda Sama, Lelaki Ini Jadi Berang
"Korang berniaga air! Aku berniaga air!"
Cover image via SAYS"Aku rogol kau sini karang!" – Itu adalah ungkapan yang dilemparkan seorang peniaga lelaki terhadap seorang peniaga wanita yang berniaga di kawasan yang sama dalam satu video viral, semalam
Video yang dimuatnaik oleh *page* bernama [Sosej Sambal](https://www.facebook.com/sosejsambal/videos/1335438926494559/?hc_ref=NEWSFEED) itu memaparkan dua orang peniaga Melayu mengamuk dan marah dengan kehadiran peniaga baru yang berniaga di tempat yang sama.
Melalui video tersebut, dua peniaga yang berpakaian baju bunga-bunga itu berasa bengang kerana peniaga baru tersebut juga menjual air minuman sama seperti mereka.
Image via Sosej Sambal/Facebook
Menurut *page* tersebut, dilaporkan kejadian berlaku di Sri Damansara, Petaling jaya, Selangor.
Bermacam-macam kata-kata kesat dilemparkan peniaga lelaki tersebut. Namun, peniaga wanita itu mengambil keputusan untuk berdiam diri tanpa menghiraukannya.
Akibat bengang dengan sikap peniaga wanita tersebut, peniaga lelaki itu mempertikaikan pemakaian tudung peniaga wanita tersebut kerana beranggapan peniaga wanita itu tiada adab 'datang' ke tempat baru.
Image via Sosej Sambal/Facebook
Bagaimanapun, sebelum rakaman itu ditamatkan, kedengaran suara seorang lelaki meminta tukang rakam untuk memadam rakaman tersebut.
Rata-rata netizen berasa bengang setelah menonton video tersebut dan menganggap peniaga lelaki itu kurang ajar dan melampaui batas. Malah, ada yang memberi cadangan agar perkara itu dilaporkan kepada pihak polis kerana ancaman rogol telah dibuat oleh peniaga lelaki terbabit.
Image via Sosej Sambal/Facebook
Image via Sosej Sambal/Facebook
"Tuhan dah tetap kan rezeki masing-masing"
Image via Sosej Sambal/Facebook
"Pakai baju bunga-bunga, hati tak ada bunga ke?"
Image via Sosej Sambal/Facebook
Namun, tidak semua mengecam peniaga lelaki tersebut. Sesetengah netizen berpendapat, sebagai peniaga baru, peniaga wanita tersebut tidak seharusnya menjual benda yang sama.
Image via Sosej Sambal/Facebook
Image via Sosej Sambal/Facebook
Image via Sosej Sambal/Facebook

