seismik

Kerana Anak Najib Mahu Jadi DJ Zouk Singapura, 'Guest DJ’ Dipaksa Hentikan Persembahan

Kehadapan, Najib Razak.

Cover image via postimg.org

Pengunjung Kelab Zouk Singapura berasa kecewa apabila DJ kegemaran mereka iaitu Fadi of Aly & Fila dikatakan dipaksa berhenti terlebih awal bagi memberi peluang kepada anak Dato Seri' Najib Razak untuk bermain

Fadi of Aly & Fila bermain di Zouk Singapura

Image via Instagram @zouksingapore

Buat mereka yang tidak begitu familiar dengan muzik trance, Fadi adalah merupakan kumpulan duo DJ terkenal yang berasal dari mesir dan dicalonkan sebagai 100 DJ terbaik sejak tahun 2008.

Insiden itu berlaku pada malam Sabtu lalu apabila Norashman Najib mendesak pihak Zouk untuk memberhentikan persembahan Fadi bagi membolehkan dia bermain walaupun itu bukan peranannya

Ashman Najib

Image via weehingthong.wordpress.com

Fadi yang dihormati ramai oleh trance community berkata, dia "tidak akan lagi bermain untuk Zouk" sebelum dia memainkan treknya yang terakhir pada malam tersebut

Video tersebut telah dimuatnaik pada 6 Mac lalu dan sehingga kini ia mendapat sebanyak lebih daripada 82,000 tontonan.

Di dalam video tersebut, Fadi berkata "It seems that Zouk here wants someone else to play. Not only because of that, because apparently he's the son of a prime minister. (Nampaknya Zouk mahukan orang baru untuk bermain. Bukan sebab itu sahaja, malah disebabkan orang itu adalah anak kepada perdana menteri).

Sementara itu, peminat kelab Zouk bukan saja tidak gembira dengan kejadian tersebut malah menyifatkan tindakan Ashman itu seperti tidak menghormati Fadi. Dan mungkin serba sedikit menggugat imej kelab Zouk.

Selepas insiden itu berlaku, Zouk Singapura telah membuat satu post di Facebook dan mengatakan insiden itu hanya "salah faham" dan akan menjelaskan perkara tersebut dalam masa terdekat

Bagaimanapun, post itu tidak dapat meredakan kemarahan peminat Zouk dan bagi mereka ia bukanlah satu salah faham seperti yang dikatakan

Apa pendapat anda tentang insiden ini?

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: