Kes HFMD Meningkat 300% Di Perak. Ini 6 Langkah Pencegahan Yang Ibu Bapa Perlu Amalkan
HFMD ialah akronim bagi Hand Foot & Mouth Disease (Penyakit Kaki, Mulut & Tangan).
Baru-baru ini kes HFMD di Perak telah meningkat sebanyak 300%
Melngikut laporan, sejak dari awal Januari hingga 25 Februari 2017 kes penyakit kaki, mulut dan tangan (HFMD) ini telah meningkat sebanyak 300% iaitu bersamaan dengan 538 kes.
"Untuk tahun ini sahaja, sembilan wabak dikesan berlaku. Tiga daripadanya di tadika, masing-masing dua di sekolah rendah dan rumah persendirian. Sementara satu kes berlaku di taska dan institusi jagaan kanak-kanak khas. Bagaimanapun tiada kematian yang dilaporkan setakat ini," lapor Datuk Dr Mang Hang Soon selaku Exco Kerajaan Negeri Perak
Berbanding dengan kes sebanyak 138 kes pada tahun lepas, kes yang didapati tahun ini meningkat lebih banyak dan ini merisaukan pelbagai pihak terutamanya para ibu bapa.
Jadi apakah Penyakit Kaki, Mulut dan Tangan (HFMD) ini?
Penyakit Kaki, Mulut & Tangan ini adalah disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus. Jangkitan penyakit atau virus ini berlaku melalui sentuhan kanak-kanak itu dengan najis seperti mukus hidung, air liur dan juga najis. Virus ini akan merebak apabila tangan yang kotor itu menyentuh permukaan terbuka atau alatan permainan.
Apakah simptom penyakit HFMD ini?
1. Demam
2. Hilang selera makan
3. Ruam dan melepuh di bahagian tapak tangan dan kaki
4. Ulser di mulut (tekak dan lidah)
5. Bintik-bintik merah kelihatan
1. Elakkan pergi ke tempat awam
Seelok-eloknya kurangkan lah aktiviti di luar buat sementara waktu. Janganlah membawa anak anda ke tempat awam seperti tempat asuhan, sekolah, taman, kolam renang dan juga kompleks membeli-belah. Ini kerana kita tidak mahu jangkitannya merebak kepada kanak-kanak yang lain.
2. Amalkan cara membasuh tangan dengan betul
Membasuh tangan dengan bersih adalah kunci utama untuk mencegah sebarang penyakit. Tetapi jangan basuh begitu saja, pastikan anda membasuh tangan dengan betul. Gunakan sabun dan cuci tangan anda secara menyeluruh. Pastikan juga anda mengeringkan tangan selepas membasuhnya.
3. Mencuci peralatan mainan
Penyakit ini merebak melalui sentuhan, oleh itu kanak-kanak sering bermain dengan permainan mereka. Pada permukaan alatan mainan itu mempunyai beratus jenis virus, disebabkan itu para ibu bapa digalakkan untuk mencuci peralatan mainan anak mereka dengan kerap.
4. Menjaga kebersihan rumah dan juga persekitaran
Bukan saja permainan, malah persekitaran rumah juga perlu dijaga. Pembersihan rumah dan gotong-royong perlulah dijalankan setiap hujung minggu untuk memastikan kesihatan terjamin.
5. Mengelakkan hubungan sentuhan
Seperti yang kita tahu, ibu bapa gemar mencium anak mereka di bibir dan juga di tangan. Dua bahagian badan ini adalah sensitif dan sering digunakan, oleh itu terdapat banyak virus di situ. Jadi, ibu bapa perlu lah mengambil langkah untuk kurangkan sentuhan di dua bahagian badan ini bagi mengelakkan virus merebak.
6. Melupuskan najis dengan betul
Para ibu bapa juga perlu memastikan pembuangan lampin pakai buang ini dilakukan dengan kemas dan bersih. Pastikan ianya dibuang ke dalam tong sampah yang khusus dan bukanlah dicampurkan dengan sampah yang lain. Selepas sudah siap menyalin lampin anak, ibu bapa juga jangan lupa untuk mencuci tangan ya!