seismik

Kontroversi Azizan Osman Dan 11 Lagi Artikel SAYS SEISMIK Paling Viral Sepanjang 2016

Tahun 2016 memang seronok! Macam-macam cerita ada.

Cover image via SAYS

1. Ramai yang tertanya-tanya, "Macam mana makcik-makcik dan kakak-kakak yang kerja kat hentian R&R pergi kerja?"

Image via SAYS

Persoalan yang telah melekat lama di benak fikiran orang ramai ini menjadi satu bualan yang sangat hangat sehingga artikel ini mendapat lebih daripada 420,000 reads! Akhirnya, misteri pekerja R&R terbongkar jua.

Total Shares: 271,000++

Artikel penuh di sini

2. Tweet bunuh diri Arlina Banana melonjakkan nama beliau ke tangga no. 1 dalam 'Malaysia Trends' di Twitter

Image via SAYS

Setelah tak henti-henti menjadi mangsa buli di alam siber, Arlina Banana menggemparkan Twitterjaya dengan kenyataan bunuh diri beliau beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Paling menyedihkan, Arlina lebih dikecam teruk selepas membuat kenyataan tersebut. Siap ada yang tanya, "Dah masuk neraka ke belum?".

Total Shares: 186,000++

Artikel penuh di sini
.

3. Gelaran 'Dr' pada nama Azizan Osman dipersoal apabila Universiti Malaya menafikan status doktor falsafah beliau

Image via SAYS

Adakah 'Encik' Azizan berhenti di situ? Tidak. Beliau kemudian membuat kenyataan balas dengan memberitahu bahawa beliau sebenarnya mendapat gelaran tersebut di University Herfordshire di United Kingdom. Apa jadi selepas itu? Universiti tersebut turut berkata gelaran itu palsu.

Total Shares: 186,000++

Artikel penuh di sini
.

4. Makin lama makin banyak pulak video yang pelik-pelik di YouTube untuk kanak-kanak. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati.

Image via SAYS

Watak adiwira dan pelbagai lagi karakter animasi dalam video ini cukup menarik perhatian kanak-kanak untuk menontonnya. Tapi tanpa sedar, rupa-rupanya video ini mempunyai unsur kandungan yang begitu menjengkelkan dan tidak sesuai langsung untuk tontonan anak-anak kecil.

Total Shares: 151,000++

Artikel penuh di sini
.

5. Penuntut UiTM, Nurul Nabilah mengharumkan nama negara apabila berjaya dinobat sebagai pelajar ke-6 terbaik dunia. WOW!

Image via SAYS

Saban hari Malaysia melahirkan individu yang hebat dan cemerlang. Bukan saja cemerlang di negeri sendiri malah juga hebat di persada dunia. Seorang penuntut UiTM, Nurul Nabilah Abdul Jalil, 21, dinobat sebagai pelajar keenam terbaik dunia selepas dianugerahkan Prize Winner bagi Kertas P2 Laporan Korporat, Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA), Jun lalu.

Total Shares: 146,000++

Artikel penuh di sini
.

6. Nama 'Nadia Nordin' sekelip mata trending di Twitter gara-gara video pukul suami yang tersebar luas di media sosial

Image via SAYS

Macam-macam versi cerita boleh kita baca. Mana satu nak percaya pun tak tahulah. Yang penting, video pukul memukul ini sangat viral sehingga satu Malaysia bercakap mengenai Nadia Nordin. Hmm harap-harap masalah yang mereka hadapi ini sudah selesai.

Total Shares: 103,000++

Artikel penuh di sini
.

7. "Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian, Keperluan rakyat kita dahulukan, Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan"

Image via SAYS

Dalam pembentangan #Bajet2017 tempoh hari, Datuk Seri Najib memberi pantun empat kerat di atas sebelum mengakhiri ucapan beliau. Nampaknya netizen begitu tertarik dengan pantun tersebut dan masing-masing tak nak mengalah dalam berbalas pantun. Memang kelakar!

Total Shares: 74,000++

Artikel penuh di sini
.

8. Anak perempuan pelakon Normah Damanhuri, Liana Rosli seperti sudah lali beraksi lucah dan langsung tidak kisah dirinya dikecam

Image via SAYS

Liana Rosli dilihat seperti sengaja menayang sebahagian payudara selain beraksi ghairah dalam beberapa video yang dimuat naik beliau dengan tujuan mempromosi produk kecantikan miliknya. Nampaknya, semakin ramai pula orang kita yang menggunakan 'vulgar marketing'. Asalkan produk laris!

Total Shares: 65,000++

Artikel penuh di sini
.

9. Tahun ini, kita dapat lihat ramai anak muda Malaysia yang sanggup berhijrah ke bumi Australia semata-mata untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana

Image via SAYS

Maklumlah, orang kata gaji yang diberikan di sana lebih lumayan daripada gaji seorang eksekutif di Malaysia. Betul ke? Tapi macam mana pula hakikat sebenar bekerja di sana? Adakah semuanya indah seperti yang digembar-gemburkan orang ramai di media sosial?

Total Shares: 57,000++

Artikel penuh di sini
.

10. Nama Riza Aziz menjadi bualan hangat sejak Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa beliau 'mencuri' wang rakyat Malaysia yang dialihkan melalui 1MDB

Image via SAYS

Sehubungan dengan itu, adik kandung Riza Aziz, Azrene Ahmad tampil mengeluarkan satu kenyataan berkaitan kehidupannya bersama keluarga. Seperti Riza, Azrene merupakan anak tiri Datuk Seri Najib, yang lahir hasil perkahwinan Datin Seri Rosmah Mansor dengan suami pertamanya.

Antara kenyataan yang menarik perhatian orang ramai ialah:

"Riza menyerahkan jiwanya kepada syaitan untuk memiliki apa yang tidak sepatutnya menjadi miliknya."

Total Shares: 56,000++

Artikel penuh di sini
.

11. Chef Safura Tawil dari Sabah meletak nama Malaysia di persada dunia apabila menjuarai pertandingan 'Embassy Chef Challenge 2016' di Ottawa, Kanada

Image via SAYS

Tiga hidangan utama yang dipersembahkan adalah:

1. Pulut Kuning bersama Rendang Daging dan Serunding
2. Otak-otak bersama Acar dan Sambal Udang
3. Sate Ayam bersama Kuah Kacang

Ketiga-tiga hidangan yang diberi sentuhan bertaraf antarabangsa ini telah berjaya menambat hati juri untuk meletakkan Malaysia sebagai juara, menewaskan 10 lagi chef dari Belgium, Guatemala, Jamaica, Sepanyol, United Kingdom, Perancis, Honduras, Kazakhstan, Pakistan, dan Trinidad & Tobago.

Total Shares: 55,000++

Artikel penuh di sini
.

12. Semenjak Isetan The Japan Store dibuka di Lot 10 baru-baru ini, ramai orang mempersoal tentang harga barangannya yang terlampau mahal

Image via SAYS

Penyapu pun sampai RM530? Buah anggur RM480, sofa pula RM42,000? Memang tak masuk akal. Dibuka pada 27 Oktober lalu, Isetan The Japan Store yang merangkumi 6 tingkat ini merupakan store pertama di dunia yang menjual barangan dari lebih 200 jenama eksklusif Jepun.

Total Shares: 41,000++

Artikel penuh di sini
.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Sekarang jom layan trend makanan dan minuman pula DI SINI:

You may be interested in: