seismik

Anak-Anak Anda Pernah Tonton Video Ini Di YouTube? Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati

Awasi lah anak-anak anda.

Cover image via YouTube

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Izwan Azman melaporkan beliau perasan terdapat beberapa video pelik di laman YouTube yang sering menjadi tontonan anak-anaknya

Pada awalnya, video tersebut kelihatan biasa sahaja dan tiada apa yang mencurigakan. Namun, setelah menonton sendiri video tersebut, beliau mendapati video itu agak 'mengganggu' dan tidak wajar ditonton oleh kanak-kanak.

Video tersebut adalah video-video keluaran channel Superhero vs Superhero, Real Life SuperHero dan banyak lagi.

Nampaknya, bukan beliau seorang saja yang menyedari hal ini. Menyusuri ruangan komen, kami mendapati pelbagai pandangan diberikan oleh netizen yang kebanyakannya daripada golongan ibu bapa. Ini antaranya:

1. Scene ala-ala cerita lucah

2. Spiderman mengandung selepas tidur dengan Elsa

3. "Masha Allah Spiderman yang tak senonoh"

4. Ada juga yang beritahu, anaknya sudah lama menonton dan mengikuti video tersebut, tetapi tidak pernah perasan

5. Bagaimana mahu block?

6. 'Frozen lesbian?'

7. Disebabkan video ini, ada yang telah 'mengharamkan' anaknya bermain iPad

8. Buatkan apps lock pada YouTube

Setelah kami amati video-video tersebut, memang benar seperti yang dikata, content video tersebut agak mengganggu dan boleh dianggap soft porn.

Lihat contoh klip di bawah:

1. Makanan dijadikan najis

Image via giphy.com

2. Inappropriate scene

Image via giphy.com

3. Scene 'beranak' yang sangat mengganggu

Image via giphy.com

Video penuh:

Kami akui video sebegini sememangnya tidak sesuai menjadi tontonan kanak-kanak. Jadi, langkah yang anda boleh lakukan adalah dengan block channel tersebut di laman YouTube. Bagaimana caranya? Ikuti langkah ini:

Langkah 1: Pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki.
Langkah 2: Klik channel tersebut.
Langkah 3: Pada channel tersebut, klik About.
Langkah 4: Kemudian klik pada simbol flag dan klik Block user

Tonton video bawah agar lebih jelas:

Diharapkan, selepas ini ibu bapa lebih mengawasi aktiviti anak-anak anda di laman sosial. Tidak kiralah YouTube, Facebook atau apa saja sekalipun.

Pepatah ada mengatakan "Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah."

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kepada ibu bapa yang selalu memuat naik gambar anak-anak, berwaspadalah:

You may be interested in: