seismik

Atuk 9 Cucu Nikahi Gadis 18 Tahun, Cinta Berputik Kerana Secangkir Kopi Panas

Cinta tak mengenal usia.

Cover image via KOMPAS

Selepas berita remaja 16 tahun berkahwin dengan nenek 71 tahun menjadi hangat, Indonesia dikejutkan sekali lagi dengan perkahwinan dua generasi

Kali ini giliran Sulaeman Daeng Ngampa, 62, dan isterinya Diana Daeng Nganiyang, 18, pula mencuri tumpuan media. Pada 16 Julai lalu, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Kabupaten Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Image via KOMPAS

Sulaeman memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM11,260), satu set barang kemas serta 300 kilogram beras kepada pengantin perempuan

Semuanya kerana secangkir kopi...

Memetik laporan Tribun News, perkenalan pasangan ini bermula setahun lalu selepas isteri Sulaeman meninggal dunia.

Sulaeman selalu berkunjung ke rumah Diana untuk bertemu bapanya yang merupakan seorang tukang besi.

"Kebetulan saya sering ke rumahnya untuk membuat parang dan alatan besi kerana bapanya seorang tukang besi. Diana selalu buatkan kopi untuk saya setiap kali saya datang.

"Saya lihat Diana sangat cantik dan baik hati," kata Sulaeman.

Image via KOMPAS

Setelah setahun berulang alik ke rumah Diana, Sulaeman mula terpesona dan jatuh hati, lalu terus melamar Diana menjadi isterinya

Menurut Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung, perkahwinan ini bukan atas dasar paksaan meskipun jurang umur mereka adalah 44 tahun.

Malah, Diana sendiri mengaku senang dengan perwatakan Sulaeman walaupun usia mereka jauh berbeza.

"Saya senang dan suka dengan perwatakannya. Mohon doakan, mudah-mudahan rumah tangga kami berjalan dengan baik serta dimurahkankan rezeki," kata Diana.

Walaupun sudah mempunyai 5 orang anak dan 9 orang cucu, Sulaeman tetap berharap untuk mendapatkan anak bersama Diana

Image via KOMPAS

"Kalau anak dari isteri saya sebelum ini ada lima orang dan kalau cucu ada sembilan orang, mudah-mudahan Tuhan mengizinkan saya yang masih ingin memiliki anak dari isteri saya ini," kata Sulaeman sambil tersenyum.

Diana yang terus mendampingi suaminya hanya tersipu malu mendengar pengakuan suaminya. Diana mengaku hanya ingin berbakti kepada suaminya dan tentunya juga berharap agar segera memiliki anak.

"Sebagai isteri, saya hanya ingin berbakti kepada suami dan tentunya saya juga mahukan anak" kata Diana.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cinta juga tidak mengenal rupa:

You may be interested in: