seismik

50 Ekor Terjual Dalam Sejam, ‘Ayam Bakar Pasu Tekup’ Jadi Kegilaan Terbaru Rakyat Kelantan

"Jeliro Molek Weh"

Cover image via SAYS

Salah satu perkara yang menggembirakan tatkala menjelangnya Ramadan adalah adanya bazaar-bazaar Ramadan yang menjual pelbagai juadah berbuka yang menarik dan enak

Kebiasaannya juadah yang dijual di bazaar Ramadan adalah makanan dan minuman yang sangat jarang untuk didapati sewaktu bukan bulan Ramadan contohnya kuih-kuih tradisional, ayam golek, roti john dan banyak lagi.

Namun tahun ini berbeza pula di Kelantan, satu menu baru telah diperkenalkan iaitu "Ayam Bakar Pasu Tekup" dan ternyata ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan

Image via Harian Metro

Pengusaha perniagaan tersebut, Tajuddin Mat Isa, 50, memberitahu 50 ekor ayamnya habis terjual dalam masa sejam sahaja.

Dia yang berniaga di Jalan Maktab, Pengkalan Chepa, berkata ayam yang dibakar di dalam pasu yang ditekup mendapat sambutan penduduk setempat kerana aroma dan kelainan rasanya berbanding ayam lain.

"Awalnya saya bakar 50 ekor sahaja sebab nak tengok sama ada dapat sambutan atau tidak. Tak sangka betul, dalam tempoh sejam, semua 50 ekor habis ditempah pelanggan.

"Inilah percubaan pertama saya jual ayam pasu tekup. Sebelum ini saya memang menjual ayam mentah untuk bekalan penduduk setempat," katanya.

Oleh sebab mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, dia menambah jualan ayam bakar istimewanya daripada 50 ekor kepada 150 ekor

Menurut Tajuddin, dia berpendapat mungkin pasu seramik yang digunakannya itu telah berjaya menarik minat orang ramai untuk singgah di gerai jualannya dan melihat sendiri ayam dibakar.

Tambahnya, di Kelantan belum pernah lagi orang membakar ayam di dalam pasu. Kebanyakannya di dalam tempayan atau tong.

"Inspirasi menjual ayam sebegini diperoleh dari Melaka yang sudah terkenal dengan ayam pasu selain Negeri Sembilan. Kami cuba tawarkan di Kelantan untuk citarasa baru orang kita," katanya yang dibantu menantu, Mohd Shamsuddin Zakaria, 34, dan dua pekerja.

Pasu yang digunakan juga ditempah khas dari Melaka kerana buatannya yang halus dan tahan lasak serta mudah panas

Tajuddin bukan saja menjual ayam bakar pasu tekup, malah dia juga menjual pelbagai jenis air buah-buahan tetapi sambutan diterima tidak semeriah ayam terbabit.

Keistimewaan menu ini bukan saja menjadi buah mulut orang ramai malah turut disiarkan di berita TV9 baru-baru ini.

Semua 100 ekor ayam dimasak dalam pasu habis dijual dalam masa...

Semua 100 ekor ayam dimasak dalam pasu habis dijual dalam masa kurang dua jam. Mesti sedap ayam bakar pasu tekup ni...

Posted by NX Digital on Monday, 29 May 2017

Sumber: Harian Metro.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak tahu nak pergi bazaar Ramadan mana bulan puasa ni? Baca SINI:

More stories to read: