seismik

Bagaimana Qu Puteh Berjaya Takluk Malaysia Dalam Masa Kurang 30 Hari

"Anda nak cantik, nak putih? Gunakanlah Qu Puteh, baru putih."

Cover image via www.asamboi.my

Jika sebelum ini Kak Ton dan Terlajak Laris mendapat perhatian, kini giliran Dato' Vida "Qu Puteh" pula mencuri tumpuan. Bagaimana fenomena Qu Puteh ini bermula?

Kak Ton sebelum ini sangat popular dengan produk Beauty Umaira.

Image via kindaichikid.blogspot.com

Tagline "Terlajak Laris" yang digunakan pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri memang mengancam.

Image via www.utusan.com.my

Dato' Vida, pengasas produk Qu Puteh.

Image via youtube.com

Kalau tak silap, jenama Qu Puteh ini mula dikenali orang ramai semenjak pelakon jelita, Anzalna Nasir dilantik menjadi duta produk tersebut

Image via blogspot.com

Kemudian, Qu Puteh mengorak langkah dengan menjadi salah satu penaja utama konsert Gegar Vaganza, yang turut menjadi viral disebabkan beberapa perkara seperti:

Image via imgur.com

1. Lamaran mengejut Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha.

Image via ammboi.com

2. Isu peluk Ifa Raziah bersama Hisyam Hamid semasa membuat persembahan.

Image via blogspot.com

Tetapi, pada masa itu, orang ramai belum mula bercakap mengenai Qu Puteh. Barangkali kerana gimik Hairul Azreen dan Ifa Raziah lebih mendapat perhatian, sehingga Azwan Ali meluahkan sesuatu di Twitter.

Image via ammboi.com

Selepas itu, muncul pula Anugerah Juara Lagu Ke-29 atau #AJL29 dan kali ini, Qu Puteh menjadi penaja utama. Menurut sumber, Dato' Vida melaburkan sejumlah RM3 juta untuk acara tersebut.

Image via imgur.com

Sesuai dengan pelaburan besarnya, jenama Qu Puteh dipromosikan dengan begitu agresif sepanjang acara berlangsung. Tidak cukup dengan iklan, Qu Puteh turut mendapat slot khas di dalam AJL29 serta tagline "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih" turut diulang berkali-kali oleh pengacara majlis, AG dan Scha.

Walau bagaimanapun, promosi Qu Puteh di #AJL29 dianggap terlalu agresif sehingga menenggelamkan acara itu sendiri. Orang ramai hanya bercakap tentang Qu Puteh walaupun selepas pentas #AJL29 tamat.

Image via imgur.com

Pendapat ini turut dikongsikan Chef Wan di Instagram. Disebabkan promosi Qu Puteh yang keterlaluan, Chef Wan hanya tonton #AJL29 beberapa minit sahaja kerana jelak. Baca luahan penuh Chef Wan:

Chef Wan.

Image via harianblogger.com

I was trying to watch the Juara lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that suddenly become a huge turn off that i actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all.

There this penyakit with Msian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do!

Pekak ke atau buta ke kita ni penuntun jika di ajuk kan sekali dua bahan putih itu not to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again. So distasteful.How can the branding and marketing dept of MediaP. Allowed such thing to go on?

I remembered years ago i had a big fight with the Nestle Team while doing my Maggi "Hey Good cooking” series. The head of Marketing bernama Jenny.

I was asked to mentioned Maggi in almost every line saya bercakap..Mketchup tomato..MKetchup Chili sauce..MKetchup sauce tiram etc…asal tertinggal Maggi kena repeat balik.

After a few show i got irritated and confronted her and her team. Its insane to mentioned so many time the word maggi ni as thought my penuntun di rumah tu Pekak!

Dah la logo Maggi tu sebesar2 yang amat di belakang saya tu.buta kan mata penuntun not to know my cookshow is sponsored by Maggi?

I was told by their marketing people since they paid me to do the job i should just follow what they say!
Wah masa tu darah saya menyirap…dah la atas meja tu mereka susun segala botol sauce..nescafe etc mcm "GreatWall of China”..u know what i ” f…” all of them in their bloody face pushed all the botol on the floor habis pecah bersepai.Went back home and after that season refused to every cook with any Maggi product on TV ever2 again.biar pun sampai saya mati masuk ke lubang kubur!

That is why after that they took Chef Florence and Chef Ismail as their spokeman. For me Never again!Actually RTM lost alot of nestle revenue to be honest when i decided to walk away!

I hate being abused by people!

Di laman sosial pula, Qu Puteh menjadi viral serta-merta dan hebat diperkatakan netizen. Masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati sambil menyifatkan teknik promosi seperti itu menjengkelkan.







Tidak cukup dengan itu, Qu Puteh turut menjadi bahan troll di Internet. Lambakan ejekan diterjemah melalui gambar-gambar 'meme' yang cukup menjelaskan perasaan orang ramai mengenai produk tersebut.

Image via katakcomel.my
Image via says.com
Image via imgur.com

Selain 'meme', video-video parodi Qu Puteh juga dimuat naik. Tambahan lagi, Mr. Os turut tidak melepaskan peluang membuat satu video parodi. Saksikannya di bawah:

Namun begitu, berbeza pula pandangan Datuk Ramli MS. Menerusi satu status di Facebook, beliau menegur sikap sebahagian masyarakat yang sampai sekarang tak sudah-sudah pertikaikan penglibatan Qu Puteh dalam #AJL29.

Image via murai.com.my

Bagaimana pula respon Dato' Vida?

Image via mstar.com.my

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Dato' Dr Hasmiza Othman atau Dato' Vida mempersoalkan sikap segelintir pihak yang menyelarnya gara-gara terlibat sebagai penaja dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Beliau berkata, sebagai penaja yang melaburkan wang RM3 juta untuk rancangan tersebut, beliau mempunyai hak untuk mempromosikan produk berkenaan selepas mencapai persetujuan dengan pihak TV3.

“Sebagai seorang ahli perniagaan sudah tentu saya mahu produk saya menonjol. Apa guna kalau saya laburkan wang berjuta-juta tetapi hasilnya tiada. Sebab itulah saya mahu produk saya dipromosikan dengan cara saya dalam anugerah berprestij itu. Kalau tak dapat apa-apa impak, tak ada maknalah iklankan produk,” katanya.

mstar.com.my

Disebalik tohmahan yang diterima daripada orang ramai, bagaimana pula kesan promosi agresif Qu Puteh selepas #AJL29 tamat?

Image via mstar.com.my

Ujarnya, tidak semua usahawan kecil dan sederhana (SME) sepertinya yang berani mengeluarkan wang untuk mempromsosikan produk masing-masing apatah lagi jika melibatkan jutaan ringgit.

Oleh sebab itu ujarnya, selepas rancangan tersebut beliau harus melihat kesan terhadap promosi yang dijalankan sama ada ia berjaya atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas AJL 29, penjualan produk-produk saya menunjukkan peningkatan dan saya perlu merancang perkara lain pula tahun ini. Perlu diingat, produk saya untuk orang kampung dan cara promosinya haruslah sesuai untuk golongan itu," katanya.

mstar.com.my

Ditanya apakah reaksinya selepas dicemuh masyarakat, beliau mengakui terkejut dengan sindiran-sindiran yang dilemparkan namun beliau menerima dengan hati yang terbuka

Image via bharian.com.my

Bagaimanapun beliau enggan membaca komen-komen negatif itu kerana tidak mahu tohmahan berkenaan mengganggu fikirannya.

Mengenai kritikan Chef Wan terhadapnya pula, Dato' Vida berkata, chef selebriti tersebut seharusnya tidak berbuat demikian kerana beliau pernah berkunjung ke rumah Chef Wan semasa menjadi pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kira-kira 15 tahun lalu.

Katanya, Chef Wan pernah bekerjasama dengannya dalam memberi bantuan untuk tabung yang dianjurkan oleh pihak universiti.

"Mungkin dia sudah terlupa dengan saya. Dia adalah mentor saya dan kami pernah bekerjasama. Terpulanglah jika dia nak kritik saya sekali pun, itu hak dia," katanya yang berhasrat untuk bertemu dengan Chef Wan.

mstar.com.my

Tahukah anda, pada tahun 2013, Dato' Vida kehilangan dua cahaya mata kesayangannya dalam satu insiden tragik melibatkan nahas kebakaran di rumahnya?

Image via melvister.com
Image via melvister.com

Anak Dato' Dr Hasmiza Othman pengasas Vida Beauty mati dalam kebakaran. Dua orang anak beliau telah disahkan terkorban akibat rumah terbakar di Meru Hill, Laluan Taman Meru pada malam 3 Ogos 2013.

Pada waktu kejadian, Hasmiza dilaporkan tidak berada dirumah kerana ada urusan di Pulau Pinang. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam dan menyebabkan seorang lelaki berusia 27 tahun patah kaki akibat terjun dari tingkat satu premis ketika cuba menyelamatkan diri. Mayat adik beradik berusia 10 dan 12 tahun serta lelaki berusia 26 tahun itu ditemui dalam bilik air di tingkat atas premis berkenaan.

melvister.com
Image via melvister.com

"Saya pernah jatuh terduduk, iklan tak menjadi dan macam-macam lagi termasuk berhadapan dugaan lebih besar selepas dua anak saya meninggal dunia."

Dua anak kecil Dato' Vida yang meninggal dunia dalam kebakaran.

Image via melvister.com

"Saya pernah jatuh terduduk, iklan tak menjadi dan macam-macam lagi termasuk berhadapan dugaan lebih besar selepas dua anak saya meninggal dunia dalam kebakaran pada Ogos 2013. Tapi saya kena bangkit semula," kata wanita berusia 44 tahun itu yang berasal dari Machang, Kelantan.

Produk Qu Puteh sudah dua tahun beroperasi dan sebelum itu Vida Beauty mempunyai rangkaian produk kesihatan Pamoga. Produk Pamoga itu lebih menggunakan pendekatan mendekati orang kampung serta orang tua yang kesihatannya tidak mengizinkan.

"Sebelum nak menaja program hiburan, saya sebenarnya fikir 100 kali kerana sebelum ini saya lebih kepada pasaran orang tua dan bukannya arus perdana. Tapi sebagai ahli perniagaan saya tak boleh statik dan perlu buka mata untuk pasaran baharu.

"Maka sebab itu, saya memilih untuk ke pasaran dunia hiburan yang ternyata ramai kelompok sasaran saya. Sebab itu saya pilih Anzalna untuk menjadi duta produk QU Puteh. Insya-Allah tak lama lagi saya akan umumkan duta baru pula untuk rangkaian produk lain," katanya lagi.

bharian.com.my

Lagi tentang #AJL29:

You may be interested in: