seismik

Baru 13 Hari Ditayangkan, Abang Long Fadil 2 Dah Kutip RM13 Juta. Power!

Semua review cakap best!

Cover image via SAYS

Wah, tak sangka hanya dalam masa 13 hari je filem Abang Long Fadil 2 telah mendapat kutipan sebanyak RM13 Juta! Siapa sangka filem Malaysia boleh mendapat kutipan sebanyak ini dalam negara sendiri.

Image via tumblr.com

Untuk pengetahuan semua, Abang Long Fadil 2 sudah pun ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Ogos yang lalu

Image via @GSCinemas

Filem ini diarahkan oleh pengarah muda Syafiq Yusof dan dibintangi oleh nama-nama besar dalam industri seperti Zizan Razak, Dato AC Mizal, Syamsul Yusof dan beberapa muka baharu seperti Wak Doyok, Tania Hudson, Shuib Sepahtu dan Achey.

Image via Finas

Bagi anda yang belum berkesempatan menonton Abang Long Fadil 2, ini dia sedikit sinopsis berkenaan filem tersebut:

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

Filem berdurasi 95 minit ini menjalani 50 hari pengambaran sekitar Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang serta Putrajaya dan 30% daripadanya menggunakan teknologi CGI

Image via Star2.com
Image via Rotikaya

Tinjauan kami di media sosial, rata-rata mereka yang sudah menonton filem ini memberikan respon yang sangat positif

Image via fiq000s
Image via fiq000s
Image via fiq000s

Maka tidak hairanlah filem Abang Long Fadil 2 (ALF 2) ini berjaya mengutip RM13 juta dalam hanya 13 hari tayangannya!

Menurut Syafiq Yusof, beliau berasa amat bersyukur kerana sambutan penonton terhadap ALF 2 sangatlah memberangsangkan.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ALF 2 mendapat kutipan yang baik sehingga hari ini dan sebenarnya saya tidak sangka langsung ia akan melepasi kutipan ALF sebanyak RM4.5 juta sebelum ini.

“Saya berterima kasih kepada Allah SWT kerana rezeki yang diberikan ini, keluarga yang tidak putus-putus memberi semangat dan para penonton yang telah ke panggung membeli tiket ALF 2,” komen Syafiq Yusof ketika dihubungi pihak Astro Gempak.

Image via fiq000s

“Jujur saya katakan, sebelum ini saya memang merancang untuk sekuel ALF 3 tetapi bergantung kepada kutipan ALF 2.

“Nampaknya, impian saya jadi kenyataan. Papa pun dah bagi ‘greenlight’ untuk saya develop skrip ALF 3,” tambahnya lagi.

Betul ke gempak sangat? Ni yang kena pergi tengok sekarang juga ni. Jom!

Image via tumblr.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada buat perangai annoying dalam panggung wayang?

You may be interested in: