seismik

Bawa Kek Tapak Kuda Dari Malaysia Bagi Korean Makan, Tapi Reaksi Rakan Pula Jadi Perhatian

Amboi, bertambah ya orang Korea makan.

Cover image via @fikriakram91 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini memang musim ramai orang membeli kek tapak kuda

Ramai yang berkongsi di media sosial mengenai kek tapak kuda. Malah, di mana-mana pun kita boleh lihat ada peniaga menjual makanan viral ini.

Namun, lain pula dengan seorang lelaki ini yang menerbangkan khas kek tapak kuda dari Malaysia ke Korea Selatan untuk memberi rakan pejabatnya untuk merasai.

Rakan Korea approve, cakap sedap

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi reaksi rakan-rakan pejabatnya di Korea Selatan untuk mencuba kek tapak kuda yang dibawanya.

Dapat dilihat, setiap orang mempunyai reaksi mereka sendiri selepas mencuba makanan viral itu. Rata-rata mereka dilihat suka akan hidangan tersebut.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah di akhir video, rakannya itu dilihat sehingga menjilat jari kerana keenakan makanan tersebut.

"Aku duduk Malaysia pun tak makan lagi kek tapak kuda ni" - Netizen

Sementara, itu tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 937.7K views, 67.6K likes dan 954 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@fikriakram91 Tapak Kuda Nutella & Matcha Crunchy untuk my Korean officemate. Alhamdulillah, selamat dikongsikan dan makan bersama lebih afdhol. Thank you my sister @fademaakma belikan. Korang Dah makan belum? Orang korea makan dulu. Kah! #korealife #SouthKorea #koreanpeople #malaysian #tapakkuda #fyp #fyp Kurik Kundi - Siti Nurhaliza

Sampai menjilat jari ya dia makan, sedap sangatlah tu :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: