seismik

Gadis Bengang Housemate Kerap 'Rembat' Makanan Dibeli, Tulis Nota Pun Masih Tak Jalan!

Perangai apalah ni.

Cover image via @mimi.little.world (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disebabkan harga rumah yang semakin melonjak sekarang, ramai yang mengambil keputusan untuk menyewa saja

Ia dapat menjimatkan kos daripada membeli rumah. Tambahan lagi, bagi yang baru berkahwin ataupun bujang yang bekerja di luar kota.

Namun, jika menyewa sudah pasti akan ada orang lain juga di dalam rumah tersebut betul tak? Hidup di rumah sewa ini perlulah ada common sense seperti menjaga kebersihan bersama dan juga tidak mengambil barangan orang lain. Iyalah kita bukan duduk seorang diri.

Seperti yang berlaku pada seorang gadis di video TikTok ini apabila dia meluahkan rasa geramnya terhadap housematenya.

Selamba ambil dan guna barang yang dibelinya sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis tersebut berkongsi kisah housemate yang suka mengambil barangan dan makanannya.

Dia berkongsi bahan dan makanannya banyak kali diambil daripada housematenya itu walhal dia baru saja membelinya menggunakan duit sendiri.

Bukan hanya itu, dia juga siap meletakkan nota pada barangan tersebut tetapi masih tidak berjalan, makanannya tetap juga 'hilang'.

"Kadang tu bukan tak nak bagi, tapi mintalah izin dulu! barang orang kan?" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pengalaman sama mereka mengenainya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 712.6K views, 22.9K likes dan 648 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

Selamba je dia ambil, tak takut sakit perut ke makan :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: