[VIDEO] Rendam Ayat Ruqyah Dalam Air Untuk Diminum Ini Cetus Perdebatan - "Makin Rosak"
Takut pula tengok.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Banyak konten kita boleh lihat di media sosial sekarang yang dihasilkan daripada pelbagai golongan usia
Namun, bukan semua konten boleh dijadikan contoh kerana ada juga kita tidak sedar ia bersifat negatif dan sebagainya.
Tambahan lagi, sebagai umat Islam kita tidak boleh cepat terpengaruh dengan konten atau penerangan yang boleh membolak-balikkan hati kita.
Baru-baru ini, tular kemunculan produk dalam bentuk kepingan kertas didakwa dibacakan ayat al-Quran atau diruqyah, menimbulkan pelbagai reaksi apabila ia tular di media sosial.
Tunjuk buat air rendaman daripada ayat Ruqyah untuk diminum
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu menunjukkan kepingan kertas ruqyah terbabit dimasukkan ke dalam cawan berisi air.
Selepas dikacau tulisannya luntur dengan air yang jernih bertukar kepada kebiruan. Difahamkan, ia bertujuan untuk sediah diminum.
Video berkenaan juga turut dikongsikan di pelbagai paltform media sosial yang lain dan rata-ratanya terkejut melihatnya.
"Tolong buat untuk buku sejarah sekali please" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 845.9K views, 17.4K likes dan 2,016 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!