seismik

Anggota Polis Dedah Orang Awam Boleh Abai Jika Polis Tak Tunjuk Kad Kuasa Masa Pemeriksaan

Ramai orang menyamar jadi polis sekarang.

Cover image via @abmgojes (TikTok) & Sinar Harian (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak kes melibatkan anggota polis kita boleh lihat hari ini

Walaupun tugas polis sememangnya menyelamatkan keadaan dan memastikan keselamatan orang ramai, namun zaman sekarang ramai yang telah mengambil kesempatan.

Malah, ada juga yang dilihat membuat kerja 'kotor' dengan meminta upah wang dan sebagainya. Banyak juga yang mengambil kesempatan dengan menyamar sebagai anggota polis, ini amat berbahaya.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga merupakan seorang anggota polis mendedahkan hak orang awam yang boleh dilakukan ketika pemeriksaan.

Suruh dia tunjuk kad kuasa dan pastikan dapat baca

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang anggota polis menjawab pertanyaan yang diutarakan oleh salah seorang pengikutnya.

Pengikutnya itu bertanya sama ada adakah anggota polis perlu menunjukkan kad kuasa mereka terlebih dahulu sebelum membuat pemeriksaan.

Dia menjawab betul, mereka perlu menunjukkan kad kuasa mereka dahulu sebelum membuat pemeriksaaa. Malah, anda juga perlu memastikan yang anda dapat membaca kad mereka penuh sebelum mereka memeriksa anda.

"Kalau dia tak tunjukkan kad kuasa, kau sebagai orang yang kena periksa ataupun orang yang ditahan, korang boleh minta dia untuk tunjukkan kad kuasa dia untuk kau baca. Bukannya dia tunjuk begitu saja.

"Sekiranya dia tak bagi kau baca, kau boleh abaikan je arahan dia. Kau abaikan bukannya tak beri kerjasama, tapi kau abaikan mungkin sebab dia menyamar sebagai polis dan memang ada kes-kes orang menyamar sebagai polis," katanya.

"Kad kuasa polis ni pula kau kena tengok betul-betul" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang bertanyakan soalan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 4.2M views, 310.4K likes dan 7, 257 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@abmgojes Replying to @mamatbatupahat jika anggota polis nk buat pemeriksaan... mesti kena tunjuk kad kuasa.. lebih2 lagi yang xpakai unifom / preman... #soaldanjawab #keliaXkelia #tiktokmalaysia #abangpolis #tiktokguru Hard News - DM Production

Bahaya sekarang, macam-macam orang boleh menyamar sekarang :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: