seismik

Netizen Kongsi Pendapat Kenapa Jururawat Di Hospital Kerajaan Ramai Bermulut Puaka

Ada yang betul.

Cover image via X & Harian Metro (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semakin hari semakin ramai yang berkongsi cerita atau pengalaman peribadi mereka di media sosial

Ada yang positif dan ada juga yang boleh mendatangkan negativiti. Tidak dinafikan, kadangkala sesetengah daripada kita juga merasakan kisah yang dikongsikan di media sosial related dengan pengalaman kita sendiri.

Seperti perkongsian di laman X ini apabila seorang individu bertanyakan pendapat orang ramai mengapa selalunya jururawat di hospital kerajaan sering digelar 'mulut puaka' oleh kebanyakan orang.

Image via X

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu memuat naik status dan bertanyakan pada pengikutnya mengapakah ramai jururawat di hospital kerajaan bermulut 'puaka' dan apakah sebabnya sehingga mereka menjadi begitu.

Ciapannya itu ternyata telah menarik perhatian dan ramai netizen yang mula memberikan antara sebab-sebabnya.

Malah, ada juga yang berkongsi pernah melalui pengalaman sama berdepan dengan jururawat mulut 'puaka'.

"Gaji rendah, jam bekerja yang melebihi. Staff tak cukup barang kali" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen mula memberikan pelbagai jawapan dan pandangan mereka mengenai isu tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 3.4K repost, 6.2K likes dan 106 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X

Anda pernah lalui pengalaman yang sama?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: