Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf Meninggal Dunia Di Oman
Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengacara RARETV, Akhmal Asyraf menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu Oman, hari ini

Pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh adiknya, Amal Mohd menerusi satu hantaran di Threads yang menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian tersebut, Amal meluahkan rasa sedih kehilangan satu-satunya abang yang membesar bersama mereka sekeluarga.
Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa reda dengan pemergian insan tersayang itu serta berjanji bahawa isteri dan anak-anak Allahyarham akan terus mendapat perhatian keluarga.

Sementara itu, jurugambar terkenal, Saiful Nang turut mengesahkan berita pemergian Akhmal menerusi hantaran di Threads
Menurut Saiful, Allahyarham meninggal dunia pada jam 6.58 petang selepas waktu Maghrib di Muscat, Oman.
"Arwah baik orangnya," tulisnya.
Untuk rekod, Akhmal sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sehingga terpaksa ditidurkan akibat jangkitan paru-paru. Keadaannya dikatakan bermula dengan demam sebelum beliau mendapatkan rawatan di Hospital Nizwa.
Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat bagi menerima rawatan lanjut. Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kesan mendalam buat ahli keluarga, sahabat handai serta mereka yang mengenalinya.
Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via