PM Setuju Pendidikan Kesihatan Mental Dimasukkan Dalam Kurikulum Sekolah

Pendekatan pengajaran mengenai perkara itu perlu disampaikan secara berhemah dan menarik supaya mudah difahami serta dihayati oleh murid.

Cover ImageCover image via Focus Malaysia & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memasukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah bagi membantu pelajar mengurus tekanan dengan lebih baik

SAYS.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Image via Focus Malaysia

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan pendekatan pengajaran mengenai perkara itu perlu disampaikan secara berhemah dan menarik supaya mudah difahami serta dihayati oleh murid.

Menurut laporan Sinar Harian, Anwar berkata pendidikan kesihatan mental boleh diterapkan menerusi mata pelajaran sedia ada, termasuk pendidikan agama dan moral, tanpa perlu menjadikannya terlalu formal atau membebankan pelajar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan mengenai kepentingan pendidikan kesihatan mental dalam kalangan pelajar menerusi program Dialog Negara yang disiarkan pada Rabu.

Dalam masa sama, Anwar turut menyokong usaha menambah bilangan kaunselor terlatih di sekolah bagi membantu pelajar yang berdepan masalah lebih serius

Namun, beliau mengakui langkah itu mungkin mengambil masa kerana memerlukan peruntukan kewangan yang besar.

Sementara menunggu usaha berkenaan dilaksanakan, kesedaran mengenai kesihatan mental perlu dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat, khususnya ibu bapa dan guru.

Anwar berkata, berdasarkan pembentangan dalam mesyuarat Jemaah Menteri, kebanyakan kes melibatkan pelajar termasuk isu buli dipercayai berpunca daripada tekanan di rumah, seperti tuntutan akademik berlebihan, selain penganiayaan dan penderaan di sekolah.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Justeru, beliau menekankan bahawa tanggungjawab menjaga kesejahteraan emosi anak-anak bukan terletak pada pihak sekolah semata-mata.

Ibu bapa perlu meluangkan masa, memberikan ruang untuk anak berkongsi perasaan serta menunjukkan kasih sayang bagi membantu mereka menghadapi cabaran kehidupan.

Menurutnya, kerjasama antara KPM, Kementerian Kesihatan, badan bukan kerajaan (NGO), guru dan keluarga penting bagi memastikan isu kesihatan mental pelajar dapat ditangani secara menyeluruh.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS