Wanita Kongsi Realiti Beza Mohon Kerja Ada Degree & Sijil SPM - “Baik Aku Balik Kampung”
Jauh betul bezanya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Realiti mencari pekerjaan pada hari ini memang sukar
Terutama bagi graduan yang baru saja tamatkan pengajian, mereka perlu bersaing dengan ramai lagi orang di luar sana. Termasuk terpaksa bersaing dengan orang yang berpengalaman.
Bila sudah dapat kerja gaji pula tidak masuk akal, nak bertahan hidup di Kuala Lumpur lagi. Memang agak sukar.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang terkejut dengan gaji ditawarkan padanya daripada sebuah syarikat.
Alasan sebab tiada pengalaman
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi dia telah memohon kerja di sebuah syarikat sebagai Graphic Design dan ditawarkan RM1,600. Dia agak terkejut kerana dia mempunyai Ijazah.
Alasan syarikat tersebut menawarkan gaji tersebut kerana dia tidak mempunyai pengalaman. Namun, dia juga telah mencuba untuk temu duga di sebuah syarikat retail dan ditawarkan gaji sebanyak RM3,000.
"Aku ada Ijazah, basic Graphic Design aku dia bagi RM1,600. Sebab aku tak ada pengalaman.
"Aku interview retail basic aku RM3,000 tak ada experience. Berlandaskan sijil SPM saja. Duduk dekat KL weh, baik aku balik kampung," katanya
"Pengalaman lebih mahal dari sijil sekarang itulah realiti" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada juga yang memberikan pendapat mereka mengenai hal itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 125.2K views, 6,323 likes dan 774 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!