seismik

Aksi Mak Cik Selamba Patahkan Pokok Lepas Parking Depan Rumah Orang Ini Dirakam CCTV

Suka hati je ya.

Cover image via X

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Banyak sekarang video melalui CCTV atau dashcam dikongsikan di media sosial

Ia bukanlah untuk mengaibkan tetapi ada yang berkongsi untuk mencari pelaku dan pesalah tersebut. 

Mereka yang melakukan kesalahan ini pula tidak tahu dan fikirkan sudah terlepas kononnya. Jadi, sebab itu kita perlu menjaga tingkah laku kita.

Seperti video yang tular menerusi kamera litar tertutup ini memaparkan perangai seorang mak cik yang mencetuskan kemarahan ramai.

Image via X

Pijak pokok sampai patah lepas parking kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri itu baru saja memarkir kereta mereka di depan tepi jalan berhampiran sebuah rumah.

Namun, apa yang lebih mencetuskan kemarahan orang ramai adalah wanita berkenaan bertindak luar jangkaan dengan memijak pokok disebelah keretanya sehingga patah.

Sehingga kini masih tidak tahu apakah puncanya, mungkin kerana ia telah menghalang mereka untuk parkir atau perkara lain.

"You have no idea how much effort untuk jaga pokok membesar setinggi tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan kecaman dan reaksi marah mereka selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 330K views, 829 repost dan 122 comments di laman X.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Lihat video itu di bawah:

Kesian dekat jiran tu, penat-penat dia tanam pokok tu tiba-tiba dah patah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: