[VIDEO] Peniaga Berang Aunty Ini Selamba Ambil Makanan Tak Bayar - “Bakpo Prangai Gitu”
Kesian juga dekat peniaga kalau macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, ramai orang yang mula berniaga demi menampung hidup mereka
Tidak kisahlah baru bermula ataupun sudah lama. Kerja sebagai peniaga ini bukan mudah kerana perlu berdepan dengan ramai orang.
Belum lagi terjumpa pelanggan yang cerewet betul tak? Memang pening kepala dibuatnya.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang aunty selamba mengambil makanan dari gerai telah mencetuskan marah.
Semalam dah datang ambil, hari ini datang lagi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang aunty berbangsa Cina telah datang ke sebuah gerai menjual kuih-muih di tepi jalan.
Namun, apa yang mengejutkan adalah dia dengan selamba datang ke kedai itu dan mengambil beberapa makanan. Aunty itu juga dilihat seperti 'tidak sihat'.
Difahamkan, sebelum ini peniaga berkenaan sudah memberikannya makanan, tetapi dia datang pada esok harinya dengan perangai yang sama terus mengambil makanan di atas meja.
Situasi itu membuatkan peniaga tersebut sedikit berang dan memberitahunya untuk tidak mengambil. Namun, aunty itu dilihat tetap mengambilnya dan terus beredar.
"Rasa ada masalah mental kot, dari riak muka tu macam tak ada perasan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 890K views, 1.4K repost dan 2.5K likes di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!