seismik

Tular Kisah Sedih Pak Cik Ini Banyak Kali Check Duit Di ATM & Terus Pergi, Rupa-Rupanya

Ramai orang bergantung dengan duit pencen ini sebenarnya.

Cover image via @reezmell (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa hari ini tular dengan isu pencen bakal dimansuhkan bagi penjawat awam

Namun, setakat ini isu berkaitan pencen itu belum dimuktamadkan dan ia perlu diperjelaskan supaya penjawat awam yang baharu mendapat maklumat yang jelas serta tidak merasakan mereka kelompok orang yang rugi jika sistem saraan berkenaan dilaksanakan.

Sudah tentu, dengan adanya duit pencen ini ia dapat membantu golongan tua yang berharap pada duit tersebut.

Seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang individu berkongsi sebuah kisah sedih semasa berjumpa dengan seorang pak cik.

Menerusi video tersebut, difahamkan pada masa itu dia sedang berada di sebuah bank di dalam stesen minyak untuk mengeluarkan duit.

Namun, datang seorang pak cik tua yang tiba-tiba datang dan memotong barisannya. Walaupun begitu, dia tidak marah dan bersabar.

Menurutnya, pak cik itu dilihat hanya sekejap melihat bank dan terus beredar tanpa mengeluarkan duit. Bila ditanya, rupa-rupanya pak cik itu memberitahu bahawa duit pencennya belum masuk. Malah, dia berkata memang mengharapkan duit pencennya saja untuk mencari makan.

"Andai pencen dimansuhkan apalah nasib hari tua golongan pak cik macam ni. Moga kita semua dirahmati Allah dalam ketenangan jalani hidup yang makin sukar," tulisnya.

"Makin lama makin lambat masuk ya sekarang, kesian orang-orang yang perlukan duit" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 30.6K likes dan 1,234 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video itu di bawah:

@reezmell Andai pencen dimansuhkan..apa la nasib hari tua golongan pakcik camni..moga kita semua dirahmati Allah dalam ketenangan jalani hidup yg makin sukar.. #pencenharitua #sarahidup #fypmalaysia #malaysiaaman #negarakumalaysia bunyi asal - M.Riduan_Oficial92

Mungkin pak cik tu datang awal kot, tu yang tak masuk lagi :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: