Pihak Berkuasa Buat Serbuan Check Pasangan 'Khalwat' Di Tempat Awam Jadi Bualan Ramai
Alamak, dekat mana pula tempatnya ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, sebagai umat Islam, kita wajib mengikut segala suruhan Allah SWT dan meninggalkankan larangan-NYA
Namun, zaman sekarang perbuatan zina makin berleluasa sehingga ada yang melakukannya di tempat awam.
Tidak dinafikan, di Malaysia memang ada penguatkuasa yang akan melakukan serbuan terhadap kes ini, hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan penurunan zina berleluasa.
Namun, baru-baru ini tular video yang memaparkan pihak penguatkuasa membuat serbuan tangkap khalwat di tempat awam menimbulkan pertikaian.
Menerusi video yang berdurasi 33 saat itu, kelihatan seorang individu berkongsi kejadian semasa dia sedang berada di sebuah taman.
Dapat dilihat taman berkenaan dipenuhi ramai orang yang sedang bersantai. Namun, tiba-tiba datang dua orang penguatkuasa yang datang menyerbu pasangan di situ.
Situasi berkenaan membuatkan orang di sekeliling terkejut melihat keadaan itu.
"Mungkin berkelakuan kurang senonoh" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.4M views, 1.5K likes dan 228 comments di laman X.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!