‘Bayarlah Biar Rakyat Mampus’ – Netizen Bengang Menteri Cadang Wujudkan MRSM Berbayar
MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.
Cover image via SAYSDua hari lalu, Sinar Online melaporkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi cadangan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) agar menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar
Cadangan itu dibuat kerana beliau menerima banyak permintaan daripada ibu bapa berpendapatan tinggi yang anak mereka cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.
Seperti sedia maklum, **permohonan kemasukan ke MRSM memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah terutama dari luar bandar.**
Image via Sinar Online
Menurutnya lagi, beliau bercadang agar MRSM tersebut diwujudkan di Lembah Klang
Setelah berita itu dilaporkan, beribu komen telah diberikan netizen. Boleh dikatakan kesemua mereka agak bengang dan marah.
1. "Rakyat semua nak kena bayar…"
Image via Sinar Harian/Facebook
2. "Semua mata duitan…"
Image via Sinar Harian/Facebook
3. "Sekarang nak jual nama MARA…"
Image via Sinar Harian/Facebook
4. "Sedarlah dunia ni dah sampai penghujung…"
Image via Sinar Harian/Facebook
5. "Dah mula lah idea merapu menteri-menteri…"
Image via Sinar Harian/Facebook
6. "Malang sungguh menteri yang…"
Image via Sinar Harian/Facebook
7. "Kenapa tak buat sekolah baru?"
Image via Sinar Harian/Facebook
8. "Menteri pentingkan perut sendiri…"
Image via Sinar Harian/Facebook
9. "Bayarlah biar rakyat mampus…"
Image via Sinar Harian/Facebook
10. "Kepala hotak hang!"
Image via Sinar Harian/Facebook
Namun, tidak semua berfikiran begitu. Sesetengah netizen bersetuju dan memahami keputusan yang dicadangkan menteri tersebut.
Image via Sinar Harian/Facebook
Image via Sinar Harian/Facebook
Bagaimanapun cadangan tersebut disambut baik oleh tokoh pendidikan yang menganggap ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pendidikan di institusi berkenaan yang ditanggung kerajaan
**Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom** berkata, MRSM merupakan sebuah institusi pendidikan yang menjadi pilihan kerana telah melahirkan ramai pelajar berkualiti dan berjaya.
Turut menyokong cadangan itu, **Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim** berpendapat dengan cadangan itu, ibu bapa yang berkemampuan boleh membantu menaja pelajar yang lain tidak mampu.
Menurutnya, ramai pelajar daripada keluarga berpendapatan tinggi cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan mahu melanjutkan pelajaran di MRSM.
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Rahim.
Image via www.therakyatpost.com

