seismik

Bergaya Seperti Elfira Loy Pada Hari Raya Ini Melalui Siri #elfiranakraya

Inilah masanya untuk beraya dengan cantik macam Elfira Loy!

Cover image via hurr.tv

Laman online gaya hidup Malaysia, hurr.tv melancarkan siri web Istimewa Ramadan berjudul #elfiranakraya yang menampilkan selebriti popular Elfira Loy

Image via hurr.tv

#elfiranakraya memaparkan persiapan Raya Elfira Loy di mana beliau akan memberi tips peribadinya terhadap fesyen kegemarannya untuk Ramadan dan Raya. Daripada baju, solekan, sehinggalah ke aksesori dan hijab, Elfira akan menyerlahkan gaya berbeza bagi setiap majlis yang perlu dihadirinya.

Rancangan terbaru sempena Hari Raya ini merupakan kerjasama antara hurr.tv dengan Fashion Valet.

Sebagai seorang pelakon, pengacara, selebriti, dan usahawan muda, Elfira perlu nampak bergaya dan sentiasa up to date sama ada di hadapan kamera mahupun di belakang tabir

Image via hurr.tv

Jadi, fesyen memainkan peranan yang sangat penting dalam rutin seharian Elfira sebelum melangkah keluar bagi memenuhi undangan.

Bagi Elfira, fesyen adalah salah satu cara untuk mengekspresi dan untuk berasa lebih yakin dengan diri sendiri. Apa yang lebih penting bagi Elfira ialah fesyen yang dikenakan pada tubuh mampu membuat dirinya gembira, yakin, dan selesa untuk ke mana-mana.

Bukan setakat berfesyen, Elfira juga akan menunjukkan step by step cara beliau mengenakan mekap dan banyak lagi

Image via hurr.tv

Selain itu, Elfira turut berkongsi bagaimana beliau mix and match pakaian untuk pelbagai acara yang perlu beliau hadir, pakaian untuk terawih, pakaian untuk sidang media, photoshoot, dan lain-lain.

Terdapat juga makeup tutorial, cara memadankan aksesori bersama baju yang dipakai,
dan tips yang orang ramai boleh gunakan untuk persiapan Raya, semuanya dikongsi oleh Elfira sendiri.

Melalui lima episod web, penonton boleh ikuti Elfira untuk ketahui lebih lanjut mengenai selera fesyen beliau dan cara beliau memastikan diri untuk sentiasa nampak cantik setiap hari.

Lebih menarik, Fashion Valet akan menggayakan Elfira Loy dalam setiap episod sebagai kolaborasi bersama bagi siri #elfiranakraya

Elfira (kiri) bersama pengasas Fashion Valet, Vivy Yusof.

Image via Instagram @hurr.tv

Dan yang paling penting, penonton boleh membeli apa sahaja yang dipakai atau dipilih Elfira dari koleksi Fashion Valet Raya di kedai online hurr.tv.

Beli di sini atau ketahui lebih lanjut mengenainya dalam setiap episod.

Episod web pertama #elfiranakraya akan ditayangkan di hurr.tv mulai Isnin, 12 Jun 2017 jam 4 petang

Image via hurr.tv

Episod web kedua boleh ditonton secara berselang pada hari Rabu, dan seterusnya bersambung pada hari Jumaat.

Maklumat lanjut sila layari hurr.tv.

A post shared by hurr.tv (@hurr.tv) on

You may be interested in: