“Besar Kemungkinan UMNO Akan Jadi Pembangkang Selepas PRU14,” Ramal Tun M

Melainkan kalau Najib letak jawatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via SAYS

Tun Mahathir muncul lagi dengan kritikan pedas terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam entri terbaru blog berjudul 'Surat Kepada Ahli Dan Pemimpin UMNO Akar Umbi' yang ditulis pada 30 November 2015

Sebagai penyokong setia UMNO, Tun Mahathir meramalkan kerajaan Barisan Nasional dan tampuk pemerintahan UMNO akan tumbang pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Ada beberapa sebab kenapa Tun M ramal UMNO akan kalah pada PRU14 kelak iaitu:

**5.** Menubuh 1MDB dengan modal pinjaman yang besar, tidak dapat membukti dimana modal yang dilabur berada, dan gagal membayar faedah hutang

**6.** Membeli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah dan menjual tanah ini kepada institusi Kerajaan dengan harga 50 kali ganda lebih tinggi

**7.** Wang Tabung Haji diguna secara yang sama, keuntungan yang berlebihan ini diguna untuk menampung kerugian 1MDB

**8.** 2.6 billion Ringgit tiba-tiba berada dalam akaun peribadi Najib, kononnya derma dari orang Arab

**9.** Siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah dan Bank Negara ditamat oleh Najib sebelum tindakan dapat diambil

**10.** Pendakwa Raya dibuang, PAC dibubar supaya tidak dapat menyiasat 1MDB

**11.** Cara hidup mewah lebih dari kemampuan Perdana Menteri

**12.** Gaji minima dinaik sehingga kilang-kilang berpindah ke negara lain dan pekerja hilang pekerjaan

**13.** Kejatuhan mata wang dan nilai saham yang teruk

**14.** Cukai GST dikenakan sehingga peniaga kecil terpaksa tutup kedai, kos sara hidup meningkat, beban bagi rakyat bertambah

**15.** Sesiapa yang menegur disoal oleh polis, dituduh sabotaj bank dan kewangan negara, dan dimasuk dalam tahanan dibawah undang-undang yang salah

"Sebagai pembangkang tidak akan ada apa-apa yang boleh dibuat oleh UMNO untuk bangsa, negara dan agama," ujar Tun M

Tun M berpendapat bahawa perkara sebegini hanya akan memburukkan nama Malaysia dan merugikan rakyat. Tetapi masih ada masa untuk UMNO memperbetulkan keadaan.

Image via www.ohdunia.my

Apa lagi yang Tun M tak puas hati dengan Najib? BACA SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: