‘Bila Nak Ada Anak?’ – Wanita Ini Rasa Sayu Disoal Soalan Sama Sepanjang 6 Tahun Berkahwin
Bukan semua orang selesa ditanya sebegini.
Cover image via Zana Adieyza/Facebook"Bila nak ada anak?'
Mungkin itu antara soalan yang sering diajukan buat pasangan yang sudah lama mendirikan rumahtangga. Biasalah jika sudah berkumpul saudara-mara yang sudah lama tak berjumpa, mestilah soalan ini antara yang akan ditanya.
Nak nak musim raya ni betul tak? Bagi mereka yang sudah lali saban tahun diajukan dengan soalan begini pastinya akan tenang dan tak mahu ambil peduli. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Tetapi sebenarnya itulah soalan dan alasan buat sesetengah orang beranggapan ***"yelah awak tu tak ada anak lagi boleh lah…bla bla bla"***
Ayat-ayat sebeginilah yang sebenarnya membuat pasangan-pasangan yang sudah lama berkahwin terasa.
Begitulah seperti yang dikongsikan oleh Zana Adieyza di laman Facebook. Hatinya sayu apabila diajukan soalan sebegitu.
Image via Adiey Adieyza/Facebook
Baginya siapa sahaja pasti berasa sayu sekiranya sudah lama berumahtangga tapi tidak dikurniakan anak. Tambah sedih, apabila soalan itu ditanya di hadapan orang ramai dan ditertawakan seolah-olah pasangan tersebut serba kekurangan.
Image via Zana Adieyza/Facebook
Beliau bukanlah berniat untuk meminta simpati tetapi lebih kepada menghormati. Katanya, cuba letakkan diri kita dahulu di tempat orang-orang seperti ini sebelum berkata sesuatu.
Maaf yer.. Zana bukan minta simpati, cuma minta kita semua sama2 belajar menghormati..
Hormati perasaan orang sekeliling kita.. Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu.. Bila kita cuba jaga hati dan air muka orang lain, insyaAllah Allah akan jaga hati, diri dan maruah kita..
Yang dah kahwin, bersyukur ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup.. Bayangkan kalau kita tiba2 kehilangan pasangan hidup..
Yang belum kahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak bagi kita peluang lebih berbakti lama kepada ibu dan ayah..
Yang dah ada anak, bersyukur ada anak.. Anak adalah saham akhirat kita.. Betapa bertuahnya mempunyai anak yg mampu mendoakan kita setiap hari.. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak..
Yang belum ada anak, bersyukur Allah bagi nikmat rezeki bersabar.. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Allah bagi peluang kita utk lebih meluangkan masa bersama insan yg sudi terima baik buruk diri kita.. Allah bagi kita masa lebih utk lebih dekat kepada-Nya..
Image via Zana Adieyza/Facebook
"Kita sebagai hamba-Nya memang selayaknya diuji.. Setiap di antara kita berbeza ujiannya.. Tapi percayalah yg Allah menguji sesuai dgn kemampuan diri kita.." katanya.
Image via Zana Adieyza/Facebook

