‘Board Game’ Ciptaan Guru Sejarah Rangkul Emas Di Tokyo Kalahkan 37 Negara Lain. Hebat!

Percayalah, rakyat Malaysia memang ada "isi". Tahniah diucapkan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.thestar.com.my

Umum mengetahui, rakyat Malaysia sememangnya bukan calang-calang orang. Ramai yang telah menempah nama di persada antarabangsa serta menjadikan pencapaian Malaysia bertaraf dunia, setanding dengan negara-negara elit lain.

Dari peringkat [sekolah](http://says.com/my/news/malaysian-schoolkids-also-so-genius) sehinggalah ke peringkat [dewasa](http://says.com/my/lifestyle/guinness-world-records-held-by-malaysians), masing-masing telah mengharumkan nama negara dengan pencapaian yang memberangsangkan. Bakat yang rakyat kita ada ini memang layak diberi perhatian.

Faye Jong Sow Fei, 17, menjadi rakyat Malaysia pertama untuk mempunyai asteroid dinamakan sempena namanya sebagai mengiktiraf pencapaian beliau di 2014 Intel International Science and Engineering Fair (ISEF) bagi projek pengurusan alam sekitar beliau.

Image via Intel Malaysia/Facebook

Pasukan dari SMK USJ 4 yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam pertandingan 'World Robot Olympiad'.

Image via www.thestar.com.my

Baru-baru ini juga, sekumpulan pelajar sekolah negara memenangi pingat emas dalam pertandingan **[World Robot Olympiad](http://says.com/my/tech/malaysia-tops-world-robots-olympiad)** yang diadakan di Qatar, mengalahkan 43 sekolah lain dari seluruh dunia. Selain itu, beberapa anak muda negara juga mampu menghasilkan *[game](http://says.com/my/tech/mobile-game-apps-made-by-malaysians)* yang mendapat ribuan muat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.

Ia tidak terhenti di situ saja. Terbaru, sebuah board game yang diberi nama Eksplorasi Cabaran Sejarah atau ECS turut memenangi anugerah emas dalam pertandingan Kaizen di Tokyo, Jepun.

Board game Eksplorasi Cabaran Sejarah.

Image via eksplorasi-cabaran.com.my

Zulhelmi mencipta board game ini lima tahun lalu semata-mata untuk membantu para pelajarnya menguasai subjek Sejarah

Menurut Zulhelmi, konsep board game yang diambil daripada Monopoly ini merangkumi syllabus Sejarah Tingkatan 4 dan 5. Dan sejak diperkenalkan, prestasi subjek Sejarah dikatakan meningkat.

Zulhelmi Mansor bersama board game ECS ciptaannya.

Image via www.thestar.com.my

Pertandingan Kaizen di Tokyo tahun lalu disertai oleh lebih 1,000 peserta dari 38 negara seluruh dunia termasuk USA, Canada, Japan, China, dan Brazil

Maklumat lanjut mengenai ECS boleh dapatkan di [eksplorasi-cabaran.com.my](http://eksplorasi-cabaran.com.my/home/).

Baca juga:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: