‘Boleh Saya Hisap Awak?’ - Wanita Kongsi Pengalaman Diganggu Oleh ‘Pervert’ Di Dalam LRT

Perlukah sampai macam ini? Menakutkan betul!

  • Kejadian ini berlaku terhadap seorang wanita semasa beliau berada dalam perjalanan ke tempat kerjanya

    • Dini Van Haeren sedang berada dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur ketika insiden ini berlaku. Semasa di dalam LRT, Dini berasa tidak selesa apabila ternampak seorang pemuda yang kelihatan mencurigakan sedang memandang kearahnya.

      “Pemuda ini memandang saya dari atas ke bawah dengan senyumannya yang nakal dan sinis. Kamu pasti akan berasa tidak selamat kalau kamu lihat wajahnya ketika itu,” jelas Dini.

      says.com

  • “Saya mendengar seperti suatu bisikan di telinga saya - dia berkata, ‘Boleh saya hisap awak?’”

    • Selepas membisikkan ayat itu ke telinga Dini, pemuda itu meneruskan gangguan seksualnya seperti memberi senyuman yang menakutkan dan asyik membuat mimik muka yang sungguh menjelikkan.

      “Oleh kerana keadaan di dalam LRT itu agak sempit, saya terpaksa berdiri dekat dengannya. Dia berada betul-betul di hadapan pintu LRT. Dia masih tenung ke arah saya, senyum dan membuat-buat muka.”

      says.com

  • Dini mengumpulkan keberanian beliau dan menjerit kepada pemuda itu namun beliau hanya mendapat senyuman sinis sebagai balasan

    • “Apa masalah you?” jerit Dini hilang kesabaran.

      Dini tidak dapat bertahan lebih lama lagi. Beliau terus mencapai telefon bimbitnya dan mengambil gambar pemuda itu. Namun, pemuda itu sempat menutup wajahnya dengan air kotak supaya identitinya tidak terbongkar.

      “Saya tak nak dia lihat saya menangis. Dia pasti akan rasa puas hati kalau tengok saya rasa takut dengan gangguannya itu,” kata Dini lagi.

      says.com

  • Dini berasa kesal kerana tidak menimbulkan kekecohan di dalam LRT pada waktu itu

    • Bercakap kepada SAYS, Dini akui berasa kesal kerana tidak menimbulkan kekecohan di dalam LRT pada waktu itu

      “Orang di sekeliling saya melihat dia, tapi saya tak berjaya menimbulkan adegan yang cukup besar supaya orang ramai boleh bertindak. Saya ingin berbuat demikian supaya pemuda itu akan ditangkap dan dihalau keluar dari keretapi atau apa-apa saja yang dapat menyelamatkan saya ketika itu,” jelas Dini.

      Menurut Dini lagi, kejadian itu berlaku dengan pantas sekali dan beliau tidak mempunyai masa untuk mengambil tindakan atau memikirkan untuk melakukan apa-apa terhadap pemuda itu.

      “Saya sepatutnya menjerit, menengking, dan menghalau dia. Tapi saya terlalu terkejut dengan perbuatannya itu, saya tidak tahu apa yang patut dilakukan. Saya berasa begitu marah, sedih dan malu dalam masa yang sama.”

      says.com

  • Walau bagaimanapun, Dini tidak merasakan insiden ini akan menghalang beliau daripada menggunakan pengangkutan awam pada masa akan datang

    • “Saya tak fikir insiden ini akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Perkara seperti ini seharusnya dapat menjadikan wanita lebih kuat untuk mempertahankan diri mereka sendiri.”

      Dini, yang sering menggunakan perkhidmatan LRT mengakui telah beberapa kali mengalami gangguan seksual sebelum kejadian ini.

      “Saya telah diusik berkali-kali. Ramai lelaki yang selalu bersiul setiap kali ternampak saya ataupun membisik perkataan yang menggelikan dalam telinga saya. Mereka berkata ‘buah dada’ atau ‘tetek’ di telinga saya.

      “Tapi kebanyakannya berlaku apabila saya berjalan di khalayak ramai dan bila saya menoleh ke belakang, mereka telah berlalu pergi. Ada juga di antara mereka yang sengaja melanggar saya dan memberi jelingan nakal.”

      says.com

  • Dini telah pun membuat laporan kepada RapidKL mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dilakukan

    • Menurut Dini, pihak berkuasa mengambil semua maklumat yang diperlukan bagi melakukan siasiatan terhadap kes itu.

      “Mereka bertindak dengan cepat, sebaik saja saya melaporkan perkara ini, mereka terus mengambil tindakan selanjutnya. Saya akan dimaklumkan sekiranya mereka menerima sebarang maklumat baru.

      “Saya berharap RapidKL akan memberi tumpuan terhadap perkara sebegini agar wanita tidak lagi berasa takut dan terancam ketika menaiki kenderaan awam,” kata Dini.

      says.com

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Banyak juga kes 'pervert' berlaku sebelum ini, para wanita sila berhati-hati:

Leave a comment