"Dia Bukan Tahu Apa Pun. Betulkan Hidup Dia Dulu" - Peringatan Dira Buat Fathia Latiff

"Tak payah sibuk hal kerajaan" - Dira Abu Zahar

  • Cover image via SAYS
  • Rasanya sudah ramai perasan sejak akhir-akhir ini, Fathia Latif kelihatan sering meluahkan pandangannya terhadap isu politik Malaysia di laman Twitter

    • Melalui siri tweet yang dimuatnaiknya, Fathia seolah-olah meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya sebagai seorang rakyat terhadap isu ekonomi dan politik yang sedang berlaku di negara ini.

    • Seperti biasa, sesetengah netizen bersetuju dengan pendapatnya dan sesetengah lagi tidak. Ramai juga yang mengecam Fathia Latiff berdasarkan tweet-tweet yang dikeluarkannya. 

  • Dan baru-baru ini, sewaktu Perhimpunan Agung UMNO 2017, (PAU2017) pelakon tanah air Dira Abu Zahar melalui ucapannya telah menyelar tindakan Fathia Latiff

    • Dira atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar berkata, pemerhatian dan ulasan Fathia melalui media sosial selama ini disifatkan sia-sia semata-mata.

      Dalam laporan Astro Awani, Exco Puteri UMNO Tangga Batu itu juga berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan rakyat melalui pelbagai bantuan yang diberikan selama ini.

  • Video ucapan Dira itu juga telah tersebar luas di laman Facebook sejak dimuatnaik semalam oleh Metafora TV

    • Ini adalah antara kenyataan yang dikeluarkan Dira sewaktu ucapannya.

      "Kenapa hendak percaya kepada dakyah-dakyah ringan seperti Fathia Latiff. Tidak perlu. Dia bukan tahu apa pun. Kalau betul hendak cerita pasal rakyat turun padang macam Puteri UMNO.

      "Setakat pegang telefon bimbit dan tekan-tekan dia boleh duduk diam-diam. Betulkan hidup dia dulu, betulkan lakonan dia dulu, tidak payah sibuk hal kerajaan."

    • Selepas video itu viral, Fathia nampaknya memberi jawapan balas di Twitter. 

      Dia mengatakan dia mempunyai hak untuk berkata tentang sesuatu.

  • Namun, di Twitter, Tun Dr Mahathir Mohamad ada mengeluarkan tweet yang mengatakan beliau sangat kagum dengan keberanian Fathia Latiff

    • Fathia membalas pujian tersebut dengan mengatakan dia lebih kagum dengan Tun Mahathir dan sedih dengan sesetengah orang yang tidak menghargai jasanya. 

  • Tonton video viral Dira di bawah:

  • LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

  • Lagi di SAYS:

Leave a comment