Buku Dilancar Najib Diharamkan Kerana Ada Unsur Syiah Yang Sesat?
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil satu langkah dalam membanteras isu Syiah yang semakin menular di Malaysia.
[TERKINI] Yayasan 1Malaysia Tak Setuju Pengharaman Novel "Perempuan Nan Bercinta"
Dalam menyeru untuk mengangkat pengharaman buku penulis tempatan Faisal Tehrani ini , pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar berkata Syiah adalah sebahagian yang sah dalam Islam.
themalaysianinsider.com"Tulisan pada Syiah tidak boleh dianggap sebagai sesat. Lagipun, beberapa pemimpin kita telah mengesahkan Mesej Amman pada tahun 2005 yang mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab, termasuk Syiah," kata Chandra.
msn.comMenurut Chandra, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tidak Menjelaskan Bagaimana Novel Tersebut Boleh Memudaratkan Ketenteraman Awam
"Kementerian tidak menjelaskan mengapa atau bagaimana buku itu memudaratkan ketenteraman awam. Adakah ia menimbulkan sebarang kesulitan atau pergolakan dalam masyarakat? Adakah ketegangan memuncak berikutan kandungan dalam novel ini?" tanya Chandra.
msn.comChandra berkata pengharaman itu baru-baru ini menimbulkan persoalan ke atas kebebasan bersuara di negara ini.
themalaysianinsider.com"Ia adalah kebebasan yang penting untuk kreativiti seni dan kecergasan intelek dalam mana-mana masyarakat. Pengharaman buku di zaman ini adalah satu kerja yang sia-sia," tambahnya lagi.
themalaysianinsider.com22 April: Kementerian Dalam Negeri Telah Mengharamkan Sebuah Novel Yang Dilancar Datuk Seri Najib Tun Razak Pada Tahun 2012 Yang Dikatakan Mempunyai Elemen Syiah
Sebuah buku yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012, karya penulis tempatan terkenal Faisal Tehrani diharamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang kononnya mempromosikan ajaran Syiah.
themalaysianinsider.comDalam warta bertarikh 22 April, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengaitkan pengharaman buku bertajuk, "Perempuan Nan Bercinta" itu dengan kandungan unsur Syiah tetapi sebaliknya berkata ia dilarang di Malaysia kerana "mungkin menjejaskan ketenteraman awam".
themalaysianinsider.comDatuk Seri Najib Tun Razak Pernah Berkata Sebelum Ini Bahawa Penulis Novel Di Negara Ini Mempunyai Hak Kebebasan Menulis
Pada pelancaran buku setebal 410 halaman berbahasa Melayu bersama pelbagai buku lain pada 2012, Najib berkata penulis novel mempunyai kebebasan untuk menulis di negara ini.
malaysia-chronicle.comBuku itu diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad – kedua-duanya adalah syarikat berkaitan kerajaan.
malaysia-chronicle.comWalaupun Novel Itu Dilabelkan Sebagai Novel Kontroversi, Penulisnya, Faisal Tehrani Tetap Bangga Dengan Karya Penulisannya Selama Ini
"Saya ada mendengar Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sedang menyiasat aduan berkenaan kandungannya yang berkaitan dengan Syiah."
themalaysianinsider.com“Sekiranya khabar ini benar, saya gembira kerana telah mencipta dua kali sejarah yang tidak dilakukan oleh mana-mana pengarang hatta sasterawan negara sekalipun."
kl-today.comSaya perlu mengatakan saya bangga dengan buku saya yang kini setaraf buku-buku oleh George Orwell, John Milton dan Voltaire," kata Faisal Tehrani yang merujuk kepada beberapa penulis kontroversi di mana buku mereka menjadi “bestsellers”.
malaysia-chronicle.comNovel "Perempuan Nan Bercinta" Merupakan Novel 'Serius' Yang Pertama Diharamkan Di Negara Ini Sejak Mencapai Kemerdekaan Pada Tahun 1957
Faisal yang merupakan seorang Fellow di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, ia adalah "novel serius" pertama diharamkan di negara ini sejak British mengharamkan Putera Gunung Tahan oleh Pak Sako sebelum merdeka.
malaysia-chronicle.com“Hanya novel Pak Sako (dilarang British) dan buku ilmiah Pendita Za’ba pernah diharamkan pihak berkuasa agama Perak satu masa dahulu. Kedua-duanya adalah ikon saya,” katanya.
kl-today.comFaisal Bagaimanapun Mempersoalkan Tindakan Kementerian Dalam Negeri Yang Masih Tidak Mengharamkan Buku-Buku Syiah Lain Di Pasaran
"Tetapi terdapat buku di luar sana dalam bahasa Inggeris berkenaan Syiah yang tidak diharamkan. Justeru, saya tidak memahaminya sama sekali," kata Faisal dan menganggapnya sebagai melanggar hak asasi manusia.
themalaysianinsider.comKatanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada peguamnya mengenai larangan KDN tetapi enggan mengulas lanjut.
malaysia-chronicle.com