seismik

Anak Kena Buli Dengan ‘Senior’ Sampai Trauma, Ibu Bapa Saman Sekolah RM2 Juta

Katakan TIDAK pada buli!

Cover image via SAYS via NST

Antara kecederaan yang dialami ialah kesan koyak di selaput telinga kanan, kehilangan pendengaran (jenis konduktif), trauma, tekanan perasaan dan beberapa lagi kecederaan lain

Image via Malay Cari

Seorang bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang menjadi mangsa buli dua tahun lalu telah pun memfailkan saman sebanyak RM2 juta terhadap sembilan pihak yang menyebabkan berlakunya kes buli itu.

Saman itu dikemukakan melalui ibu dan bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah,46, sebagai wakil di Mahkamah Tinggi. Kes buli ini telah menyebakan plaintif cedera, mengalami tekanan perasaan secara berterusan dan juga pembelajaran terjejas.

Sejak dari Julai 2015, mangsa telah pun pindah ke sekolah baru. Dalam kenyataan beliau, beliau telah membuat keputusan untuk menamakan lima pelajar senior yang membuli dan memukulnya sepanjang beliau berada di sekolah itu.

"Akibat daripada kejadian buli itu, anak saya tidak dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini kerana kecederaan dialaminya," kata ayah si mangsa.

Image via Utusan Online

Lima orang pelajar senior itu terdiri daripada Ahmad Safwan Hanim Mohd. Fahimi,19; Muhamad Afiq Azamuddin Abdul Rahim,19; Muhammad Ameer Amirul Arshad, 19; Wan Muhammad Faris Wan Ghani, 19, dan Muhammad Amirul Haziq Mohd. Asnawi, 19, sebagai defendan pertama hingga kelima.

Remaja itu juga turut menamakan Sulaiman Ngarif yang merupakan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Meriam Jusoh, bekas Pengetua sekolah beliau, Ketua Pengarah Pendidikan dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam hingga kesembilan kerana didakwa cuai dan gagal memastikan keselamatan beliau di sekolah lamanya itu.

Ahmad Fauzi memberitahu bahawa tuntutan itu dibuat untuk menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat budaya buli adalah berbahaya jika terus dbiarkan berterusan

Image via Utusan Online

Ayah si mangsa berasa amat kecewa terhadap kejadian yang telah berlaku ini kerana sehingga hari ini anaknya masih trauma dengan insiden berkenaan.

"Kami berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua. Ia bagi mendapatkan keadilan dan bukannya untuk menganiaya mana-mana pihak," ujarnya lagi.

“Justeru, tindakan ini adalah untuk menyedarkan pihak yang bertanggungjawab dan masyarakat akan bahana buli ini. Kami juga berharap kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua,” katanya lagi.

Dalam kenyataan tuntutan itu, pelajar terbabit mengaku dibuli dan dipukul selama lebih tiga jam oleh pelaku di bilik asrama ketua pengawas.

Ini adalah klip video yang menunjukkan si ibu dan ayah mangsa berkongsi tentang kisah buli anak mereka:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingatkan dekat sekolah saja yang ada kes buli, rupanya di universiti pun ada:

You may be interested in: