Betul Ke Kita Perlu Cas ‘Phone’ Selama 8 Jam Dulu Sebelum Guna Kali Pertama?
Beli gajet baru, mesti kena cas 8 jam. Kenapa?
Cover image via infohow.netJujurnya, hidup tanpa smartphone zaman sekarang ni boleh diibaratkan seperti "katak bawah tempurung"
Ini kerana telefon bimbit dan gajet sudah menjadi sebahagian daripada hidup masyarakat masa kini.
Ada lagi ke orang yang tak pakai *smartphone*? Mungkin ada tapi hanya dalam bilangan yang kecil.
Bila dah pakai gajet, satu perkara yang amat dititikberatkan tentunya jangka hayat bateri. Memandangkan hampir setiap masa kita gunakan gajet, isu ini dilihat begitu penting sekali.
Malah, perkara pertama yang perlu kita lakukan selepas membeli gajet yang baru ialah mengecas gajet tersebut selama 8 jam. Tidak lebih dan tidak kurang.
**Bila beli gajet baru, mesti kena cas 8 jam. Biasa dengar kan?**
Alasannya bagi memastikan bateri yang digunakan itu tahan lebih lama sehingga bertahun-tahun dan tidak mudah rosak.
Image via www.forbes.com
Namun begitu, satu persoalan timbul iaitu:
"Adakah perlu untuk kita cas gajet yang baru dibeli selama 8 jam pada pengecasan pertama?"
Jawapan paling pendek yang kami boleh beri ialah "TIDAK". Ini penjelasannya:
Dakwaan bahawa kita perlu mengecas gajet selama 8 jam pada pengecasan pertama adalah **benar** pada satu ketika dulu, apabila semua gajet menggunakan bateri jenis **nikel kadmium**.
Tetapi hari ini kita boleh mengecas telefon pintar (baru atau lama) dan komputer riba selama mana yang kita mahu. Tiada masalah juga untuk kita gunakannya sejurus selepas gajet tersebut dikeluarkan daripada kotak. Biasanya, gajet yang baru dibeli mempunyai lebih kurang 60% cas bateri.
Ini disebabkan bateri nikel kadmium mempunyai ***"memory effect"*** yang bermakna, bateri ini akan mengekalkan kapasiti tertentu berdasarkan bagaimana ia telah dicas pada mulanya. Bateri ini turut didatangkan dengan panduan/amaran untuk dicas sepenuhnya atau selama beberapa jam terlebih dahulu sebelum digunakan.
Kini, gajet didatangkan dengan sama ada bateri **Li-Ion** atau bateri **Li-PO** dan kedua-dua jenis bateri ini tidak mengalami sindrom *"memory effect"*. Sebab itulah *smartphone*, *laptop*, tablet, atau apa jua jenis gajet zaman sekarang boleh terus digunakan tanpa perlu dicas sehingga penuh pada pengecasan pertama.
Image via www.forbes.com
Image via www.alltechbuzz.net
Meskipun begitu, kita tak boleh tunggu sehingga bateri gajet hampir habis (katakan di bawah 10%) untuk dicas semula pada penggunaan pertama
Cas semula apabila bateri telah turun pada paras 40% kerana ini akan meningkatkan jangka hayat bateri dan menjadikannya lebih tahan lama.
