9 Ciri ‘Travel Buddy’ Idaman Yang Tak Peningkan Kepala Dan Best Untuk Bawa Pergi Jalan
Orang-orang macam ni lah 'best' ajak jalan.
Cover image via Zaidi Aziz/FacebookAnak muda dan travel pada zaman ini, ibarat satu perkara yang tak boleh dipisahkan. Asal ada masa lapang saja, pasti ramai di antara kita akan mengambil peluang untuk travel.
Sebenarnya *travel* ni tak semestinya perlu jauh-jauh pun, dekat-dekat pun boleh yang penting anda *have fun* sewaktu *travel* tu. Jadi kalau ada masa terluang tu ajaklah kawan-kawan buat *short trip*, supaya masa lapang korang tu terisi dengan aktiviti menarik.
Tapi macam mana korang nak pastikan trip korang tu *best* dan *fun* bila *travel* dengan kawan-kawan? Caranya senang je iaitu dengan memilih *travel buddy* yang tepat untuk korang. Yelah, masa *travel* ni lah kita nak *release tension* kan bukan nak ada masalah. Tapi apa ciri-ciri *travel buddy* yang *best* tu? Meh sini kami huraikan.
1. Sekufu
Sekufu di sini maksudnya korang kena lah cari *travel buddy* yang sekufu dengan bajet korang waktu tu. Sebagai contoh, kalau korang nak travel ala-ala bajet rendah punya *style*, kena lah cari *member* yang macam tu juga. Yang tak kisah untuk tidur di hotel bajet, tak kisah makan makanan-makanan tepi jalan dan sebagainya. Jadi nanti segala *plan* korang dari awal tu tak adalah tergendala bila tiba di lokasi percutian korang nanti tu.
Kalau korang jenis *travel* yang *lavish-lavish* tu, korang pun kena lah cari *member* yang seangkatan dengannya. Barulah korang boleh menikmati percutian tu dengan sempurna.
Image via Zaidi Aziz/Facebook
2. Tak banyak songeh
Untuk pastikan korang tak stress sewaktu *travel*, pastikan yang *travel buddy* korang jenis yang tak banyak songeh. Pergi situ tak nak, pergi sini tak boleh. Itu tak suka, ini tak suka. Makan itu tak nak, makan ini tak mahu. Eh banyak cerita pulak kau ya? Bukan apa, benda ni secara tak langsung akan *spoil* – kan *mood* bercuti korang.
Image via Zaidi Aziz/Facebook
3. Jenis tak berkira
Jenis tak berkira kat sini bukan bermaksud korang boleh ambil kesempatan atas sikap baik yang diorang buat, tapi ini akan memudahkan lagi perjalanan aktiviti korang sewaktu *travel*. Misal kata, kalau korang waktu tu tertinggal dompet dalam bilik dan korang tak ada *cash*, so *travel buddy* ni boleh tolong bayarkan dulu untuk korang. Contoh lain, makan malam hari ini korang belanja, esok dia belanja pula. Kalau ada hutang seringgit dua tu apa lah sangat kan?
Image via Instagram @tsgkasijadi
4. Open-minded
Lagi bagus kalau dapat *travel buddy* yang jenis *open-minded.* Jadi bila berlaku benda yang remeh-temeh, tak perlu nak dijadikan isu sekali pun. *Open-minded* di sini bukanlah bermaksud korang sewenang-wenangnya boleh melakukan apa saja perkara tanpa batas, tetapi seseorang yang tidak *judge* sesuatu perkara berdasarkan apa yang dilihat.
Contohnya, korang ke luar negara dan ternampak sesuatu budaya pelik masyarakat di situ, sebagai pelancong elakkan untuk bersikap *judgemental*. Ini juga serba sedikit akan merosakkan *mood* bercuti korang. Nanti nak berjalan pun susah, asyik fikir bukan-bukan.
Image via Zaidi Aziz/Facebook
5. Jenis menghormati orang lain
Walaupun dah lama kawan ke apa, sikap menghormati antara satu sama lain tu memang sepatutnya ada. Carilah *travel buddy* yang hormat dengan keadaan sekeliling dan bukannya yang jenis suka guna barang orang lain sesuka hati. Hatta, nak guna ubat gigi sekalipun. Sikap hormat ni penting supaya korang tak bertengkar dan bermasam muka sewaktu *travel* nanti. Tak *best* lah kalau *travel* kalau gaduh-gaduh macam tu kan?
Image via Instagram @tsgkasijadi
6. Sama-sama selesaikan masalah
Mana-mana je korang pergi pasti akan ada masalah. Tak kiralah kecil atau besar. Jadi pastikan *travel buddy* korang tu jenis yang akan sama-sama selesaikan masalah dan bukannya menambahkan masalah. Sepatutnya kalau ada masalah, kenalah bincang sama-sama untuk dapatkan jalan penyelesaian. Kalau ada masalah dia diam je, baik tinggalkan dia terus.
Image via Zaidi Aziz/Facebook
7. Tak malas bergerak
Dah nama pun *travel*, perlu lah banyak bergerak. Tambah-tambah lagi yang *travel* ala-ala *backpackers*, bergerak itu perkara utama yang perlu dilakukan. Percutian korang *confirm* tak akan *best* kalau ada *travel buddy* yang malas nak bergerak.
Pergerakan korang pun akan jadi terhad. Elok-elok banyak tempat korang boleh pergi, tapi disebabkan dia ni korang terpaksa *cancel* plan ke sana sini. Semua benda nak naik kenderaan, jalan kaki sikit dah merungut. Ha macam mana tu?
Image via Instagram @apam_ikhwan
8. Bukan selfish
Sikap pentingkan diri sendiri ni memang tak ada siapa pun suka. Jadi kalau nak cari *travel buddy* tu pastikan diorang tu bukan *selfish* yang hanya fikir pasal diri sendiri je dan tak fikirkan pasal orang lain. Bak kata orang, nak lepaskan diri dia sorang je, *member* kat belakang tinggal sorang-sorang.
Image via Zaidi Aziz/Facebook
9. Pandai baca peta
Ini macam kira bonus lah. Kalau dapat *travel buddy* yang pandai baca peta lagi bagus. Ini akan mengelakkan korang dari tersesat. Lebih-lebih lagi jika korang *backpackers*. Masa pun jadi jimat dan kalau sesat sekalipun mesti diorang ni boleh bantu korang cari jalan pulang secepat yang mungkin. Tapi selalunya boleh baca peta ni mesti lelaki kan? Ke tak? Hmm…
Image via Instagram @tsgkasijadi

